Sunday 5 February 2012

MOURINHO MAU CHELSEA

Jose Mourinho sedia melakukan keajaiban dengan pulang sebagai pengurus Chelsea.
 
Sumber rapat dengan Mourinho yang boleh dipercayai telah memberitahu: "Jose akan kembali ke  Chelsea."
 
Halangan utama kali ini ialah Mourinho akan meminta pemilik Blues', Roman Abramovich memberikan beliau kawalan PENUH terhadap hal-ehwal pasukan, bebas dari campur tangan.
 
Sumber itu menambah: "Dia tahu bagaimana keadaan kucar-kacir ketika ini. Dia juga tahu adalah sukar untuk kembali dan melakukan impak serupa seperti sebelum ini."
 
"Memenangi Liga Perdana Inggeris dua musim berturut-turut di kelab yang tidak pernah menjadi juaran sejak 50 tahun lalu memang luar biasa. Itu sebabnya dia masih disayangkan penyokong dan sebab kenapa dia masih menyayangi kelab. Ia adalah detik yang istimewa."
 
"Tapi sebelum membuat persetujuan, dia mahu ada kesefahaman yang jelas antara dirinya dan Roman Abramovich."
 
"Dia akan berkata 'Roman, kamu pemilik dan aku pengurus di sini. Mari berkerjasama dan kuasa di tangan kita'."
 
"Pada  Jose ia akan menjadi gandingan yang sempurna."


AVB SOUND TORRES


Andre Villas-Boas memberi amaran kepada Fernando Torres masa semakin suntuk untuk beliau menamatkan kemarau golnya bersama Chelsea.
 
Penyerang berharga £50 juta itu gagal menjaringkan gol dan Ashley Cole dilayangkan kad merah semasa AVB's Blues seri hasil jaringan gol penyamaan masa kecederaan di  Swansea.
 
Torres telah melalui 1,074 minit tanpa gol sejak kali terakhir melakukannya bertemu Genk pada 19 Oktober tahun lepas.
 
Dan beliau hanya ada dua perlawanan lagi sebelum  Didier Drogba dijadualkan kembali dari Kejohanan Piala Negara Afrika pada 13 Februari nanti.
 
Pengurus Villas-Boas berkata: "Ada dua pemain bersaing untuk posisi penyerang dan kita semua tahu kepentingan Didier untuk pasukan ini dan rekodnya."
 
"Kami akan melihat bagaimana keletihan beliau apabila kembali kepada kami tapi tiada siapa yang boleh meragui impiannya untuk memenangi trofi untuk kami musim ini."
 
"Dengan Torres, situasi tidak berubah. Kami masih percaya dengan pemain ini tapi beliau mengambil masanya."


Monday 30 January 2012

RAMIRES CEDERA


Midfielder Chelsea, Ramires berdepan tempoh panjang diketepikan akibat kecederaan ligamen lutut selepas diusung keluar sewaktu pasukannya menang 1-0 ke atas QPR, sah Andre Villas-Boas.
 
Bos Chelsea itu bercakap kepada wartawan selepas perlawanan dan mencadangkan midfielder Brazil, Ramires bakal diketepikan minima empat minggu.
 
"Ia kelihatan seperti kecederaan ligamen lutut," kata Villas-Boas.
 
"Tak begitu teruk dari segi kecederaan lutut tapi dia akan jalani imbasan MRI esok dan kami akan tahu situasi sebenar dan saya harap dia dapat elak pembedahan."
 
Villas-Boas mengesahkan midfielder itu pasti terlepas kunjungan kelab itu ke Swansea Selasa ini.
 
"Ramires? Saya tak rasa dia akan ikut serta," katanya.
 
"Kami perlu tahu tahap sebenar kecederaan ligamen tersebut dan apa rawatannya dan hasil keputusan kesihatan yang kami dah ketahui, kami jangka sekitar tempoh empat minggu."


KEVIN KE CHELSEA


Kevin De Bruyne mungkin melengkapkan langkah ke Chelsea sebelum akhir minggu ini, selepas Genk mengesahkan kedua-dua kelab itu mengadakan rundingan tentang perpindahan.

Striker berusia 20 tahun itu telah berada dalam radar Blues untuk beberapa waktu, namun kini kelihatan seperti perjanjian akhirnya akan terlaksana, walaupun De Bruyne tidak akan beraksi di Stamford Bridge sehingga musim depan.

De Bruyne, yang lebih bercirikan pemain kidal, menyertai Genk di usia 14 dan seterusnya membuat debut penuh tiga tahun kemudian.

Dia berjaya masuk ke skuad utama kelab itu dua tahun lalu dan membantu kelab Belgium tersebut memenangi gelaran domestik musim lepas, di mana dia menjaringkan lima gol, namun catatan 16 kali selaku pencipta ruang gol lebih mengagumkan skuad pemantau Chelsea.

Sekiranya De Bruyne berpindah ke Stamford Bridge, dia akan menjadi pemain ketiga Belgium yang ditandatangani oleh Andre Villas-Boas berikutan ketibaan Romelu Lukaku dan Thibaut Courtois.

CHELSEA TAWAR BOSINGWA KPD PSG


Chelsea telah menawarkan Jose Bosingwa kepada Paris Saint-Germain.

Kontrak Bosingwa tamat pada musim panas dan Blues mahu meraih kembali sejumlah daripada nilai £16.3 juta yang mereka laburkan untuk pemain pertahanan itu pada 2008.

Bosingwa, 29, merupakan pemain penting di bawah Andre Villas-Boas, namun dia enggan menandatangani perjanjian baru dan mungkin keluar secara bebas pada akhir musim ini.

Chelsea berharap agar bekas pengurus, Carlo Ancelotti, yang kini dalam peranan PSG, akan membayar yuran untuk bek warga Portugal, Bosingwa pada bulan ini.

Gergasi Perancis hampir-hampir mendapatkan pemain pertahanan, Alex dari Stamford Bridge pada perjanjian £4 juta dan Ancelotti turut berminat untuk bersatu semula dengan Frank Lampard.

Midfielder England berusia 33 tahun, yang telah bersama Chelsea sejak 2001, juga turut dikaitkan dengan Los Angeles Galaxy.

SAYA RASA SEPERTI MEREKA


Gary Cahill menegaskan beliau sedia untuk debutnya bersama Chelsea selepas mengenali rakan sepasukannya semasa trip mereka ke Majorca.

Bintang England itu menyelesaikan perpindahannya dari Bolton 11 hari yang lalu namun bos Blues,  Andre Villas-Boas telah mengenepikannya dalam perlawanan pasukan di Liga Perdana Inggeris di  Norwich minggu lepas.

Bagaimanapun, Cahill terbang bersama semua pemain skuad ke kepulauan Balearic untuk latihan dalam cuaca panas minggu ini.

Dan beliau kini merasakan telah dapat menyesuaikan diri sepenuhnya menjelang perlawanan penting Chelsea di Piala FA di QPR hari ini.

Cahill memberitahu: "Saya tiba hari Selasa, hanya berlatih beberapa hari sebelum perlawanan di Norwich dan kemudian kami terus terbang ke Majorca.

"Latihan memang sangat bagus dan ia menyeronokkan untuk mengenali rakan sepasukan – saya lebih mengenali semuanya sekarang.

"Sudah tentu ada banyak perbezaan karakter  di sini – berpunca besar dari kepelbagaian warganegara.

"Itu satu-satunya perkara yang amat berbeza di sini dan dari segi itu, ia sangat bagus – ada karakter yang menghiburkan dan mereka semua rakan yang hebat."

Friday 27 January 2012

ALEX MAU PERGI PSG


Bek Chelsea, Alex tidak akan menyertai QPR selepas gagal bersetuju dengan terma-terma peribadinya.

Pemain berusia 29 tahun itu telah berunding dengan Rangers mengenai potensi perpindahan menyeberangi barat London.

Namun difahamkan Alex tidak akan menyertai skuad Mark Hughes ketika kelab itu tidak dapat memenuhi permintaan gaji pemain tersebut.

Pemain antarabangsa Brazil itu menyerahkan permintaan berpindah di Chelsea pada bulan November dan kemudiannya dikaitkan dengan QPR, Juventus dan juga Paris St Germain.

The Hoops diberi kebenaran untuk bercakap dengan Alex tetapi gagal telah mempersetujui terma, dengan laporan menyatakan PSG di posisi terbaik untuk menandatanganinya."

Pengarah bola sepak kelab Perancis, Leonardo mengesahkan hari ini yang "terdapat kemungkinan" menandatangani pemain bek, yang akan menghubungkannya dengan bekas pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti, sekiranya dia beralih ke Parc des Princes."