Friday 30 December 2011

CHINA MAU DROGBA


Didier Drogba mesti memutuskan sama ada mahu mengemukakan permohonan perpindahan formal di Chelsea selepas dilamar oleh TIGA kelab China.
 
Pemain berusia 33 tahun itu berminat berpindah ke Timur Jauh selepas menerima banyak tawaran lumayan kebelakangan ini.
 
Beliau telah dijanjikan dengan kontrak gaji £200,000 seminggu oleh kelab Dalian Aerbin dan Shanghai Shenhua.
 
Kini juara China,  Guangzhou Evergrande telah menyertai persaingan dan sedia mengatasi mana-mana tawaran dari pesaing mereka di Super League.
 
Pemain antarabangsa Ivory Coast itu berbaki enam bulan dalam kontrak semasanya di Stamford Bridge dan telah menolak tawaran kontrak sambungan setahun.
 
Nicolas Anelka telah pun mengesahkan perpindahan ke Shanghai bulan hadapan.


Thursday 29 December 2011

ELNINO AKAN MENINGKAT


Juan Mata yakin rakan sepasukan kelab dan negaranya, Fernando Torres akan kembali bangkit untuk Chelsea.
 
Mata menegaskan rakan sepasukan Sepanyol masih belum tenggelam dan berkata, "Fernando sangat tak bernasib baik tetapi memang benar bahawa setiap striker perlukan gol."
 
"Kini Fernando bekerja keras dalam latihan setiap hari dan pasti gol akan tiba tak lama lagi."
 
Itu mesej yang turut diulangi oleh bos Blues, Andre Villas-Boas yang akan perlu bergantung kepada pemain bernilai £50 juta itu ketika Didier Drogba tiada untuk beraksi di Piala Bangsa-Bangsa Afrika bulan depan.
 
Namun Alan Shearer, yang membuat rekod jaringan 260 gol di Liga Perdana termasuk mencecah tiga angka dengan kedua-dua Blackburn dan Newcastle, menyatakan Torres hanya akan ubah cerita Chelsea jika dia kembali kepada asas-asas menjaringkan gol.
 
Shearer berkata, "Torres jarang lari masuk ke dalam. Jika anda lihat semasa dia menentang Fulham, dia sering mendapatkan bola dengan membelakangi gol dan itu memudahkan bek lawan, lebih-lebih lagi apabila dia datang dari dekat sepanjang masa."
 
"Dia tak boleh jaringkan gol jika dia terlalu ke tepi apabila bola masuk ke dalam kotak. Dia perlu ada di dalam kotak untuk menjaringkan gol, sama ada berhenti bersantai atau hasilkan gol yang hebat."


MALOUDA JELING PSG


Florent Malouda sedia bergabung kembali dengan bekas pengurusnya di Chelsea, Carlo Ancelotti.
 
Ancelotti bakal dilantik menjadi pengurus baru Paris St Germain — dan beliau mahukan pemain antarabangsa Perancis itu sebagai antara pembelian pertamanya.
 
Malouda, 31, semakin jelak dengan kehidupan di bangku simpanan the Blues selepas gagal memikat perhatian pengurus pasukan, Andre Villas-Boas.
Beliau berkata: "Saya tak dapat waktu perlawanan yang mencukupi. Jika perlu, saya akan pergi." 


Tuesday 27 December 2011

AVB MAU SIMPAN ALEX


Andre Villas-Boas menegaskan tiada jalan pulang untuk Alex.
 
Pemain pertahanan Chelsea dari Brazil ini kekal berada dalam senarai perpindahan – walaupun AVB menghadapi krisis kecederaan.
 
Beliau berkata: "Kami telah menerima permohonan perpindahan dari Alex menjelang pembukaan pasaran perpindahan dan kami bukannya bodoh."
 
"Kami tak menerima permohonan perpindahan dan meletakkan pemain berlatih di luar skuad utama dan kemudian menelefon  999 dan meminta bantuan mereka."
 
"Kami telah membuat keputusan yang kami rasa bagus untuk kelab dan kami akan berpegang kepada prinsip dan nilai kami."
 
Villas-Boas telah mengejutkan ramai pemainnya dengan pendirian beliau untuk Alex dan seorang lagi pemain yang mahu berpindah, Nicolas Anelka.
 
Kedua-duanya telah diarahkan menjalani latihan bersama pasukan simpanan dan malahan langsung tidak dibenarkan meletakkan kereta di kawasan pemain pasukan utama di pusat latihan utama di Cobham.
 
Keitka Anelka sudah pun bersetuju dengan kontrak lumayan bersama kelab China, Shanghai Shenhua pada Januari ini, masih belum ada tawaran rasmi untuk Alex.


AVB DAPAT 150JUTA


Andre Villas-Boas akan diberikan belanja £150 juta untuk jendela perpindahan Januari.
 
Chelsea dan pemiliknya Roman Abramovich sedang giat merapatkan jurang dengan kedua-dua kelab Manchester.
 
Sasaran utama kelab termasuklah penyerang bernilai £50 juta, Edinson Cavani dan rakan sepasukannya di  Napoli, Marek Hamsik, yang dinilaikan pada harga  £30 juta.
 
Ironinya, Chelsea berdepan kelab Itali itu di pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-juara dengan  Hamsik, 24, menegaskan: "Mereka adalah kelab hebat — kami menentang pasukan yang sangat kuat."
 
The Blues setakat ini menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan dalam musim pertama kendalian AVB.
 
Namun Abramovich berazam untuk terus menyokong pengurus pilihannya dan memberikan imunisasi bagi memastikan Chelsea kembali menjadi pesaing kejuaraan liga.
 
Chelsea juga dilaporkan berminat dengan pemain sayap Juventus dan sasaran Manchester United, Milos Krasic — bernilai £20 juta.
 
Bagaimanapun, pembelian pertama the Blues untuk tahun 2012 akan menjadi pembelian jauh lebih murah, Gary Cahill, yang akan meninggalkan Bolton dengan harga hanya £7 juta.


Monday 26 December 2011

HIGUAIN KE CHELSEA?


Harapan Chelsea untuk menandatangani pemain Real Madrid, Gonzalo Higuain sebagai pengganti jangka panjang Didier Drogba berdepan halangan setelah striker itu turut menjadi sasaran Juventus.

Pemain kebangsaan Argentina itu telah turun dalam turutan pemain di belakang bintang Perancis, Karim Benzema di mata Jose Mourinho, dan bakal menamatkan tempoh enam tahunnya di Sepanyol musim panas depan.

Namun menurut laporan akhbar Itali, Chelsea yang diketahui berminat mendapatkannya mempunyai kelebihan berbanding pendahulu Serie A, Juve yang memerlukan pengesahan bola sepak Liga Juara-juara sebelum mereka boleh melancarkan tawaran £24 juta.

Blues telahpun kehilangan Nicolas Anelka, dan akan  tanpa Drogba hampir keseluruhan Januari akibat Piala Negara Afrika, sementara Fernando Torres kekal dalam prestasi buruk.

Dan ketika Higuain tidak mampu untuk beraksi dalam kempen Eropah musim ini, Andre Villas-Boas percaya striker berusia 24 tahun itu merupakan pemain yang sesuai menggerakkan kempen Chelsea di peringkat domestik.

AVB MINAT CAHILL


Andre Villas-Boas berkata dia 'sangat berminat' dengan Gary Cahill namun tidak akan membawa masuk semula Alex yang diketepikan, walaupun Chelsea memulakan derbi Boxing Day barat London dengan hanya John Terry bek tengah yang cergas.

Sebarang krisis benteng pertahanan tidak akan bertahan lebih dari seminggu dengan bos Bolton, Owen Coyle mengesahkan kelab itu sedang dalam perbincangan dengan Chelsea berkaitan perpindahan Cahill.

Villas-Boas berkata tentang Cahill, yang Wanderers harus menjual bagi mengelakkan mereka kehilangannya secara percuma musim panas nanti: "Dia sangat menarik, semestinya seorang pemain yang bakal tamat kontrak.

"Namun kami bodoh jika hanya terhadkan sasaran hanya kepada seorang pemain."

Dia menambah: "Saya rasa anda tahu yang kami akan berada dalam pasaran mencari seorang bek tengah. Jelas berdasarkan fakta yang kami dahpun terima permintaan Alex untuk berpindah.

"Kami akan biarkan pasaran terbuka dan kemudian lihat apa yang terjadi tentang Alex.

Kami akan bertindak pantas di pasaran, bukan kerana kecemasan tapi kerana kami mahu isikan posisi itu dengan seorang lagi bek tengah."

Saturday 24 December 2011

SAYA TAK MINAT RODWELL MAHUPUN MODRIC


Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas beralih membatalkan spekulasi dia akan mendapatkan midfielder Spurs, Luka Modric atau remaja Everton, Jack Rodwell dalam perpindahan Januari.

"Untuk masa akan datang, saya tak tahu mengenai Modric," Villas-Boas berkata pada sidang akhbar.

"Kami tak memikirkannya pada masa ini. Dia pemain yang sangat kreatif, antara bakat besar di dunia dan pemain yang akan mendapat kejayaan besar."

Rodwell, yang membuat debut skuad senior England pada bulan November, telah dikaitkan ke Stamford Bridge dan Villas-Boas tampil meredakan khabar angin itu.

"Saya lihat kami dikaitkan dengannya," kata pengurus Blues. "Di midfield, kami tak perlukan pemain. Rodwell telah bermain di posisi itu sepanjang musim ini."

Dia menambah, "Midfield bukan posisi yang kami terdesak untuk mengukuhkan skuad. Jadi ketika ini, cerita-cerita itu palsu."

Friday 23 December 2011

CHELSEA DESTINASI CAHIL?


Gary Cahill merancang membantu Bolton keluar dari zon bahaya sebelum beliau angkat kaki bulan hadapan.
 
Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas telah mengesahkan minatnya terhadap pemain pertahanan berharga £7 juta itu kelmarin. 
 
Spurs turut berminat dengan Cahill, yang cemerlang membantu Bolton mencatatkan kemenangan penting 2-1 ke atas pesaing di zon penyingkiran divisyen, Blackburn.
 
Cahill, 26, mengakui: "Ia telah menjadi permulaan musim yang sukar untuk kami. Bermain di sini dan kemudian untuk England telah menjadi penanda skala yang amat berbeza. Harapnya kami berjaya menempuhi ujian perlawanan sepanjang Tahun Baru dan mula mengutip mata."
 
"Kami masih di tangga tiga tercorot dan ia akan menjadi musim yang getir. Tapi kami telah memperolehi tiga mata menjelang dua perlawanan di tempat sendiri."
 
Pengurus Owen Coyle akan meminta sebahagian dari wang penjualang Cahill untuk dilaburkan semula dalam skuadnya. 


GERGASI ITALY MAHU ELNINO


AC Milan bersedia membuat langkah nakal untuk mendapatkanFernando Torres secara pinjaman.
 
Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas menegaskan striker itu bukan untuk dijual pada Januari, dan urus niaga pinjaman juga seolah-olah tidak mungkin.
 
Namun, Milan akan cuba meyakinkan Blues untuk bertindak sebaliknya, selepas bergelut dengan pakej kewangan yang cukup baik bagi mendaratkan pemain Manchester City iaitu Carlos Tevez.
 
Gergasi Itali akan menawarkan membayar gaji penuh Torres dan menstrukturkan pilihan peralihan kekal £30 juta dalam mana-mana perjanjian pada musim panas hadapan.
 
Villas-Boas telah kehilangan Nicolas Anelka kepada kelab di China pada Januari, manakala Didier Drogba dan Salomon Kalou akan bertugas di Piala Bangsa-Bangsa Afrika bulan depan.
 
Itu akan menjadikan mana-mana perjanjian pinjaman untuk Torres mustahil, tetapi tidak akan menghentikan Milan membuat pertanyaan dan menawarkan striker Sepanyol yang bergelut itu ke jalan keluar.


Wednesday 21 December 2011

PELUANG TERAKHIR ELNINO


Fernando Torres akan miliki peluang terakhir untuk memulihkan kariernya bersama Chelsea bulan hadapan. 

Didier Drogba dan Salomon Kalou akan menyertai Ivory Coast di Kejohanan Piala Negara Afrika untuk sekurang-kurangnya selama empat minggu. 

Ia bermakna pembelian £50 juta ini yang gagal sejak meninggalkan Liverpool pada Januari tahun lepas, boleh mengharapkan siri aksi dalam kesebelasan utama Chelsea dan menarik perhatian pengurus Andre Villas-Boas.

Torres hanya menjaringkan tiga gol liga sepanjang 11 bulan bersama Chelsea. Beliau telah kehilangan tempatnya dalam pasukan meskipun menjadi pemain termahal British – dan juga berdepan risiko disisihkan untuk skuad Sepanyol di Kejohanan Eropah 2012.

Pengurus Sepanyol,  Vicente del Bosque lebih gemar memilih David Villa. Namun bintang Barcelona itu tidak dapat bermain hingga akhir musim selepas patah tulang kering kaki kirinya di kejohanan Piala Kelab Dunia. 

Torres berdepan dengan persaingan sengit untuk tempat dalam skuad Sepanyol dari pemain Seville,  Alvaro Negredo, bintang Athletic Bilbao, Fernando Llorente dan penyerang Valencia, Roberto Soldado.

CHELSEA MAHU RODWELL


Andre Villas-Boas mengenal pasti Jack Rodwell sebagai sasaran utama dalam membina semula pasukan Chelsea dan yakin dia akan mendaratkan midfielder Everton itu bulan depan.
 
Pengurus Chelsea perlu menambah tenaga muda disamping kualiti kepada skuad berusianya dan dia melihat pemain antarabangsa England berusia 20 tahun itu selaku sebahagian daripadanya.
 
Ketika Everton pasti akan menuntut sekitar £20 juta untuk pemain yang baru-baru ini membuat penampilan di peringkat antarabangsa, Chelsea dijangka memulakan bidaan menghampiri £12 juta.
 
Sumber di Goodison Park sudahpun percaya Rodwell kini dikaitkan dengan Stamford Bridge dan persoalkan sama ada dia akan muncul dalam jersi Everton sekali lagi, memandangkan kecederaan terkini yang dialaminya.
 
Sejak aksi mengagumkan untuk England semasa menentang Sepanyol dan Sweden bulan lalu, dia telah memainkan hanya 27 minit aksi Liga Perdana Barclays.


Tuesday 20 December 2011

AVB TAK BMBG KECEDERAAN TERRY


Chelsea telah meredakan kebimbangan bahawa kapten John Terry akan menambah krisis kecederaan mereka.
 
Pemain pertahanan ini dilihat mengalami kecederaan serius di Wigan, mencetuskan kegusaran akan terlepas perlawanan penting pertengahan minggu dengan Tottenham.
 
Namun pengurus Andre Villas- Boas menegaskan walaupun Terry ketika ini masih berasa sakit, beliau akan berusaha untuk kembali cergas.
 
Dan beliau memberikan berita baik untuk penyokong Chelsea dengan menyatakan Ramires dan David Luiz dapat diturunkan untuk pertemuan di White Hart Lane pada Khamis ini.
 
“John Terry alami kecederaan yang menyakitkan tapi beliau kini nampak OK. Walaupun beliau dipapah, saya fikir beliau akan pulih untuk perlawanan seterusnya,” kata Villas-Boas. “Ramires juga akan pulih. Beliau menunjukkan kemajuan dan akan dapat diturunkan dan mungkin juga David Luiz."
 
“Kami ke sana dengan keyakinan kami yang tidak terjejas."
 
“Memang rugi kami tidak menang di Wigan kerana ia akan memberikan perspektif berbeza dalam kedudukan kami di liga tapi kami telah berjaya mengekalkan rentak tanpa kalah kami.” 



Monday 19 December 2011

CHELSEA MAHU GOTZE



Menurut laporan, Chelsea sedia bersaing dengan Arsenal dalam perlumbaan menandatangani playmaker Borussia Dortmund, Mario Goetze. 
 
Bos Gunners, Arsene Wenger melihat Goetze, 19, sebagai antara pemain muda yang terbaik di dunia dan dipercayai dia bersedia memecahkan rekod perpindahan kelab bagi mendaratkan bintang bernilai £33 juta itu.
 
Dijangka halangan utama yang akan dihadapi Arsenal dalam usaha mengejar tonggak antarabangsa Jerman itu adalah keengganan Dortmund menjual, namun kini segalanya telah berubah.
 
Andre Villas-Boas mengenal pasti Goetze sebagai antara pemain yang dijejakinya selaku pengganti jangka panjang bagi Frank Lampard di bahagian tengah Chelsea.
 
Pemilik Blues, Roman Abramovich berminat melihat pasukannya bermain bola sepak menarik dan dia nampaknya bersedia untuk membiayai langkah bagi remaja Jerman itu.
 
Dortmund tidak akan membenarkan remaja itu pergi pada Januari dan telah secara terbuka menyatakan mahu dia menandatangani lanjutan kontrak semasa, yang tamat tempoh pada 2014.
 
Namun, dijangka juara Bundesliga akan mendengar tawaran selepas Euro 2012, ketika mereka menunjukkan minat terhadap Marco Reus dari Borussia Monchengladbach, yang boleh menjadi gantian untuk Goetze.

CHELSEA KNA KESAN AKIBAT AKSI NEGATIF




Andre Villas-Boas mengakui Chelsea menerima kesannya akibat cuba bergantung dengan gol pendahuluan setelah bolos lewat permainan untuk seri 1-1 dengan Wigan di Stadium DW.
 
Pengurus Villas-Boas berkata, "Mereka ada dua bahagian yang sama sekali berbeza. 20 minit pertama di separuh masa kedua kami baik dan kesabaran dipersoalkan sehingga kita menemui gol."
 
"Kita mungkin boleh cuba untuk gol kedua tetapi kami memutuskan untuk bertahan dengan gol pertama dan mengeksploitasi ruang di belakang. Tapi kami bolos dua minit sebelum permainan tamat."
 
"Itu mengecewakan dan menghalang kami mendapat tiga mata yang dijangkakan. Sayang sekali, tapi pemain bersungguh-sungguh dan saya rasa keyakinan tak terjejas."
 
"Ini Wigan yang berbeza. Mereka mencipta momentum daripada aksi dan keputusan baik baru-baru ini. Peminat di belakang mereka dan mereka berjuang berusaha keras untuk mendapatkan mata."

Saturday 17 December 2011

AKU MAHU BERHENTI


Didier Drogba bertekad untuk berhenti Chelsea bulan depan dan Frank Lampard mungkin mengikut jejak langkahnya.

Drogba, 33, berang kerana kelab menolak permintaannya untuk kontrak baru dua tahun.

Dia kemudiannya memutuskan mahu membuat langkah lumayan ke China pada perpindahan Januari dan enggan menunggu sehingga kontraknya tamat musim panas akan datang.

Pemain antarabangsa Ivory Coast itu ditawarkan perjanjian dua tahun oleh kelab China, Dalian Aerbin dengan gaji £200.000 seminggu manakala Chelsea hanya bersedia memberinya 12 bulan yang bernilai £125.000 seminggu.

Ini bermakna Drog boleh meraih sama ada £20 juta di China atau £6.5 juta di The Bridge.

Keputusan Drogba memberikan tamparan hebat ketika lagenda kelab, Lampard sedang mempertimbangkan masa depannya.

Lamps tersinggung dan hairan dengan layanan yang diterimanya baru-baru ini oleh pengurus, Andre Villas-Boas.

Lampard memiliki baki 18 bulan pada perjanjian £170,000 seminggu dengan Chelsea dan kini tidak gembira berada di bangku simpanan bagi dua aksi terakhir menentang Valencia dan Manchester City.

SAYA AKAN JADI TORRES TERHEBAT


Bos Chelsea, Andre Villas-Boas mengisytiharkan dia tidak akan berhenti sehingga dia menjadikan Fernando Torres selaku antara striker terbaik di dunia sekali lagi.

Bos Blues menegaskan dia dalam misi memastikan Torres kembali,walaupun berterusan bergelut sehingga masa ini musim depan.

"Saya fikir begitu," kata Villas-Boas.

"Ini bakat yang tak pernah diragui."

"Oleh itu, kita perlu sangat bersabar dan saya yakin bahawa kami boleh mengubahnya."

Villas-Boas, yang bulan lalu mengakui dia dan staf kejurulatihan akan gagal jika tak dapat kembalikan prestasi Torres, menambah, "Kami akan perlu terus menekan."

"Itu antara prerogatif seorang pengurus, cuba mendapatkan yang terbaik daripada semua orang."

"Itu mengambil masa."

Torres dilihat bersedia diberikan masa apabila Drogba bermain di dalam tugasan Piala Bangsa-Bangsa Afrika pada bulan Januari.

Friday 16 December 2011

CHELSEA MAHU HIGUAIN


Chelsea menyediakan tawaran £30 juta untuk penyerang Real Madrid, Gonzalo Higuain, menurut satu laporan.
 
Walaupun masih belum membuat sebarang pertanyaan rasmi dengan kelab gergasi Sepanyol itu, laporan itu mendakwa the Blues telah memastikan hasrat mereka diketahui dan akan mengorak langkah seterusnya semasa jendela perpindahan Januari.
 
Pengurus baru Andre Villas-Boas tidak melihat pulangan yang berbaloi dari Fernando Torres, penyerang yang dibeli dengan harga £50 juta untuk pengurus terdahulu, Carlo Ancelotti, dan membenarkan Nicolas Anelka meninggalkan Chelsea bulan hadapan.
 
Pemain kesayangan penyokong, Didier Drogba bakal berusia 34 tahun pada Mac nanti manakala Romelu Lukaku, yang meskipun mendatangkan kos £18 juta pada musim panas lepas, baru berusia 18 tahun dan salah seorang pemain dalam perancangan masa hadapan.
 
Higuain dikatakan tidak berapa gembira di the Bernabeu, di mana beliau bermain sebagai pilihan kedua di belakang Karim Benzema di bawah bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho.


ROMEU AKAN BERSAMA CHELSEA


Barcelona dengan tegas menafikan dakwaan bahawa Oriol Romeu akan terus kekal bersama Chelsea.
 
Dan mereka telah mengingatkan pengurus Blues, Andre Villas-Boas yang Romeu ada klausa belian semula yang disertakan dalam kontraknya semasa pemain muda itu meninggalkan Nou Camp.
 
Malahan kelab gergasi Catalan itu menekankan yang mereka boleh membeli semula midfielder itu yang meninggalkan Barca dengan harga £4.35 juta pada Ogos lalu, pada harga  £9.5 juta pada musim panas tahun hadapan atau £13 juta pada tahun berikutnya.
 
Reaksi mereka muncul selepas komen Villas-Boas yang menyatakan masa depan Romeu terletak di  Stamford Bridge sama ada Barcelona mahukannya kembali atau tidak.
 
AVB, 34, telah berkata: "Opsyen menyatakan bahawa Barca hanya boleh membeli kembali jika Chelsea sedia untuk menjual."
 
"Masa memang sentiasa diperlukan untuk anda menyesuaikan diri di Liga Perdana Inggeris tapi Oriol dan Juan Mata, yang dibeli dari Valencia, telah menyesuaikan diri dengan sangat baik."
 
Romeu, 20, telah memulakan lima perlawanan berturut-turut di posisi defensif midfield untuk Chelsea semasa kemenangan 2-1 tempat sendiri ke atas Manchester City malam Isnin lalu.
 
Namun sumber di Barcelona menekankan: "Masa depan Oriol di tangan kami dan bukan Chelsea."


TAK KE MANA2 PUN


Chelsea menolak khabar angin Fernando Torres akan dibenarkan pergi dengan nilai hanya £20 juta pada bulan depan.
 
Dikatakan striker Sepanyol itu akan dijual semasa perpindahan Januari tahun berikutan tahun mengecewakan di Stamford Bridge.
 
Namun, The Blues mematikan spekulasi terhadap rekod pembelian British mereka itu.
 
Jurucakap kelab berkata, "Cerita ini tak masuk akal. Fernando dalam pelan jangka panjang di Chelsea."
 
Bekas pemain Atletico Madrid itu bakal memainkan peranan penting bagi masa depan kelab yang akan datang tidak lama lagi.
 
Dengan Nicolas Anelka menyertai sisi China, Shanghai Shenhua dan Didier Drogba dan Salomon Kalou mungkin bermain dalam Piala Negara-Negara Afrika bulan depan, Torres, Daniel Sturridge dan Romelu Lukaku akan muncul untuk menjadi pilihan terhad untuk bos Andre Villas-Boas.
 
Permulaan terakhir Torres datang semasa kekalahan 5-3 kepada Arsenal pada 29 Oktober lalu. Sejak itu Drogba mengambil tempatnya di dalam pasukan dan Villas-Boas kini muncul tidak tergesa-gesa bagi menghidupkan semula rekod pembelian Blues itu.


Thursday 15 December 2011

KE MANA TORRES LEPAS INI?


Chelsea sedia menanggung kerugian £30 juta untuk Fernando Torres dan menjual penyerang ini pada Januari nanti, menurut satu laporan.
 
Laporan tersebut mendakwa the Blues pada mulanya mahu meminjamkan bekas penyerang Liverpool ini dengan harapan beliau akan menemui sentuhan golnya semula tapi kini bersedia untuk melepaskannya dengan harga sekitar £20 juta.
 
Kurang dari setahun lalu, kelab London ini yang dipimpin Carlo Ancelotti, membayar rekod yuran perpindahan  British, £50 juta untuk membawa Torres ke Stamford Bridge.
 
Ancelotti dipecat hujung musim lepas dan Torres, yang hanya menjaringkan tiga gol liga untuk Chelsea, gagal memenangi tempat dalam pasukan yang kini dikendalikan pengurus baru,  Andre Villas-Boas.