Barcelona dengan tegas menafikan dakwaan bahawa Oriol Romeu akan terus kekal bersama Chelsea.
Dan mereka telah mengingatkan pengurus Blues, Andre Villas-Boas yang Romeu ada klausa belian semula yang disertakan dalam kontraknya semasa pemain muda itu meninggalkan Nou Camp.
Malahan kelab gergasi Catalan itu menekankan yang mereka boleh membeli semula midfielder itu yang meninggalkan Barca dengan harga £4.35 juta pada Ogos lalu, pada harga £9.5 juta pada musim panas tahun hadapan atau £13 juta pada tahun berikutnya.
Reaksi mereka muncul selepas komen Villas-Boas yang menyatakan masa depan Romeu terletak di Stamford Bridge sama ada Barcelona mahukannya kembali atau tidak.
AVB, 34, telah berkata: "Opsyen menyatakan bahawa Barca hanya boleh membeli kembali jika Chelsea sedia untuk menjual."
"Masa memang sentiasa diperlukan untuk anda menyesuaikan diri di Liga Perdana Inggeris tapi Oriol dan Juan Mata, yang dibeli dari Valencia, telah menyesuaikan diri dengan sangat baik."
Romeu, 20, telah memulakan lima perlawanan berturut-turut di posisi defensif midfield untuk Chelsea semasa kemenangan 2-1 tempat sendiri ke atas Manchester City malam Isnin lalu.
Namun sumber di Barcelona menekankan: "Masa depan Oriol di tangan kami dan bukan Chelsea."
No comments:
Post a Comment