Sunday, 11 December 2011

PERSAHABATAN BUKAN PENGHALANG



David Silva dan Juan Mata akan melupakan persahatan mereka selama 90 minit malam Isnin nanti apabila mereka berdepan di antara satu sama lain di Stamford Bridge.

"Dia kawan saya. Dia sedang lakukan tugas yang sangat baik bermain untuk Man City dan saya akan tukar jersi dengannya," kata Mata. "Musim ini sangat, sangat bagus buatnya kerana dia sedang tunjukkan tahap sebenarnya."

Mata telah menikmati musim debut cemerlang buat Chelsea, mencipta tujuh umpanan dan mencatat tiga gol – menyebabkan berdebatan di alam maya tentang pemain Sepanyol mana yang lebih hebat.

Chelsea menuju ke perlawanan itu dengan keyakinan selepas dua kemenang 3-0 berturut-turut, di Newcastle dalam Liga Perdana dan kemudian di tempat sendiri menentang Valencia dalam Liga Juara-juara.

Kemenangan akan melonjakkan Chelsea kembali dalam persaingan merebut kejuaraan – namun kekalahan akan menyaksikan mereka ketinggalan 13 mata di belakang.

"Saya cuma fikir untuk menang," kata Mata. "Man City sedang nikmati musim hebat di Liga Perdana.

"Ada banyak minggu lagi sehingga musim Liga Perdana  tamat. Kami akan teruskan setiap minggu untuk menang dan berada lebih dekat dengan pendahulu liga."

No comments:

Post a Comment