Fernando Torres akan miliki peluang terakhir untuk memulihkan kariernya bersama Chelsea bulan hadapan.
Didier Drogba dan Salomon Kalou akan menyertai Ivory Coast di Kejohanan Piala Negara Afrika untuk sekurang-kurangnya selama empat minggu.
Ia bermakna pembelian £50 juta ini yang gagal sejak meninggalkan Liverpool pada Januari tahun lepas, boleh mengharapkan siri aksi dalam kesebelasan utama Chelsea dan menarik perhatian pengurus Andre Villas-Boas.
Torres hanya menjaringkan tiga gol liga sepanjang 11 bulan bersama Chelsea. Beliau telah kehilangan tempatnya dalam pasukan meskipun menjadi pemain termahal British – dan juga berdepan risiko disisihkan untuk skuad Sepanyol di Kejohanan Eropah 2012.
Pengurus Sepanyol, Vicente del Bosque lebih gemar memilih David Villa. Namun bintang Barcelona itu tidak dapat bermain hingga akhir musim selepas patah tulang kering kaki kirinya di kejohanan Piala Kelab Dunia.
Torres berdepan dengan persaingan sengit untuk tempat dalam skuad Sepanyol dari pemain Seville, Alvaro Negredo, bintang Athletic Bilbao, Fernando Llorente dan penyerang Valencia, Roberto Soldado.

No comments:
Post a Comment