Sunday 5 February 2012

MOURINHO MAU CHELSEA

Jose Mourinho sedia melakukan keajaiban dengan pulang sebagai pengurus Chelsea.
 
Sumber rapat dengan Mourinho yang boleh dipercayai telah memberitahu: "Jose akan kembali ke  Chelsea."
 
Halangan utama kali ini ialah Mourinho akan meminta pemilik Blues', Roman Abramovich memberikan beliau kawalan PENUH terhadap hal-ehwal pasukan, bebas dari campur tangan.
 
Sumber itu menambah: "Dia tahu bagaimana keadaan kucar-kacir ketika ini. Dia juga tahu adalah sukar untuk kembali dan melakukan impak serupa seperti sebelum ini."
 
"Memenangi Liga Perdana Inggeris dua musim berturut-turut di kelab yang tidak pernah menjadi juaran sejak 50 tahun lalu memang luar biasa. Itu sebabnya dia masih disayangkan penyokong dan sebab kenapa dia masih menyayangi kelab. Ia adalah detik yang istimewa."
 
"Tapi sebelum membuat persetujuan, dia mahu ada kesefahaman yang jelas antara dirinya dan Roman Abramovich."
 
"Dia akan berkata 'Roman, kamu pemilik dan aku pengurus di sini. Mari berkerjasama dan kuasa di tangan kita'."
 
"Pada  Jose ia akan menjadi gandingan yang sempurna."


AVB SOUND TORRES


Andre Villas-Boas memberi amaran kepada Fernando Torres masa semakin suntuk untuk beliau menamatkan kemarau golnya bersama Chelsea.
 
Penyerang berharga £50 juta itu gagal menjaringkan gol dan Ashley Cole dilayangkan kad merah semasa AVB's Blues seri hasil jaringan gol penyamaan masa kecederaan di  Swansea.
 
Torres telah melalui 1,074 minit tanpa gol sejak kali terakhir melakukannya bertemu Genk pada 19 Oktober tahun lepas.
 
Dan beliau hanya ada dua perlawanan lagi sebelum  Didier Drogba dijadualkan kembali dari Kejohanan Piala Negara Afrika pada 13 Februari nanti.
 
Pengurus Villas-Boas berkata: "Ada dua pemain bersaing untuk posisi penyerang dan kita semua tahu kepentingan Didier untuk pasukan ini dan rekodnya."
 
"Kami akan melihat bagaimana keletihan beliau apabila kembali kepada kami tapi tiada siapa yang boleh meragui impiannya untuk memenangi trofi untuk kami musim ini."
 
"Dengan Torres, situasi tidak berubah. Kami masih percaya dengan pemain ini tapi beliau mengambil masanya."