Sunday 5 February 2012

MOURINHO MAU CHELSEA

Jose Mourinho sedia melakukan keajaiban dengan pulang sebagai pengurus Chelsea.
 
Sumber rapat dengan Mourinho yang boleh dipercayai telah memberitahu: "Jose akan kembali ke  Chelsea."
 
Halangan utama kali ini ialah Mourinho akan meminta pemilik Blues', Roman Abramovich memberikan beliau kawalan PENUH terhadap hal-ehwal pasukan, bebas dari campur tangan.
 
Sumber itu menambah: "Dia tahu bagaimana keadaan kucar-kacir ketika ini. Dia juga tahu adalah sukar untuk kembali dan melakukan impak serupa seperti sebelum ini."
 
"Memenangi Liga Perdana Inggeris dua musim berturut-turut di kelab yang tidak pernah menjadi juaran sejak 50 tahun lalu memang luar biasa. Itu sebabnya dia masih disayangkan penyokong dan sebab kenapa dia masih menyayangi kelab. Ia adalah detik yang istimewa."
 
"Tapi sebelum membuat persetujuan, dia mahu ada kesefahaman yang jelas antara dirinya dan Roman Abramovich."
 
"Dia akan berkata 'Roman, kamu pemilik dan aku pengurus di sini. Mari berkerjasama dan kuasa di tangan kita'."
 
"Pada  Jose ia akan menjadi gandingan yang sempurna."


AVB SOUND TORRES


Andre Villas-Boas memberi amaran kepada Fernando Torres masa semakin suntuk untuk beliau menamatkan kemarau golnya bersama Chelsea.
 
Penyerang berharga £50 juta itu gagal menjaringkan gol dan Ashley Cole dilayangkan kad merah semasa AVB's Blues seri hasil jaringan gol penyamaan masa kecederaan di  Swansea.
 
Torres telah melalui 1,074 minit tanpa gol sejak kali terakhir melakukannya bertemu Genk pada 19 Oktober tahun lepas.
 
Dan beliau hanya ada dua perlawanan lagi sebelum  Didier Drogba dijadualkan kembali dari Kejohanan Piala Negara Afrika pada 13 Februari nanti.
 
Pengurus Villas-Boas berkata: "Ada dua pemain bersaing untuk posisi penyerang dan kita semua tahu kepentingan Didier untuk pasukan ini dan rekodnya."
 
"Kami akan melihat bagaimana keletihan beliau apabila kembali kepada kami tapi tiada siapa yang boleh meragui impiannya untuk memenangi trofi untuk kami musim ini."
 
"Dengan Torres, situasi tidak berubah. Kami masih percaya dengan pemain ini tapi beliau mengambil masanya."


Monday 30 January 2012

RAMIRES CEDERA


Midfielder Chelsea, Ramires berdepan tempoh panjang diketepikan akibat kecederaan ligamen lutut selepas diusung keluar sewaktu pasukannya menang 1-0 ke atas QPR, sah Andre Villas-Boas.
 
Bos Chelsea itu bercakap kepada wartawan selepas perlawanan dan mencadangkan midfielder Brazil, Ramires bakal diketepikan minima empat minggu.
 
"Ia kelihatan seperti kecederaan ligamen lutut," kata Villas-Boas.
 
"Tak begitu teruk dari segi kecederaan lutut tapi dia akan jalani imbasan MRI esok dan kami akan tahu situasi sebenar dan saya harap dia dapat elak pembedahan."
 
Villas-Boas mengesahkan midfielder itu pasti terlepas kunjungan kelab itu ke Swansea Selasa ini.
 
"Ramires? Saya tak rasa dia akan ikut serta," katanya.
 
"Kami perlu tahu tahap sebenar kecederaan ligamen tersebut dan apa rawatannya dan hasil keputusan kesihatan yang kami dah ketahui, kami jangka sekitar tempoh empat minggu."


KEVIN KE CHELSEA


Kevin De Bruyne mungkin melengkapkan langkah ke Chelsea sebelum akhir minggu ini, selepas Genk mengesahkan kedua-dua kelab itu mengadakan rundingan tentang perpindahan.

Striker berusia 20 tahun itu telah berada dalam radar Blues untuk beberapa waktu, namun kini kelihatan seperti perjanjian akhirnya akan terlaksana, walaupun De Bruyne tidak akan beraksi di Stamford Bridge sehingga musim depan.

De Bruyne, yang lebih bercirikan pemain kidal, menyertai Genk di usia 14 dan seterusnya membuat debut penuh tiga tahun kemudian.

Dia berjaya masuk ke skuad utama kelab itu dua tahun lalu dan membantu kelab Belgium tersebut memenangi gelaran domestik musim lepas, di mana dia menjaringkan lima gol, namun catatan 16 kali selaku pencipta ruang gol lebih mengagumkan skuad pemantau Chelsea.

Sekiranya De Bruyne berpindah ke Stamford Bridge, dia akan menjadi pemain ketiga Belgium yang ditandatangani oleh Andre Villas-Boas berikutan ketibaan Romelu Lukaku dan Thibaut Courtois.

CHELSEA TAWAR BOSINGWA KPD PSG


Chelsea telah menawarkan Jose Bosingwa kepada Paris Saint-Germain.

Kontrak Bosingwa tamat pada musim panas dan Blues mahu meraih kembali sejumlah daripada nilai £16.3 juta yang mereka laburkan untuk pemain pertahanan itu pada 2008.

Bosingwa, 29, merupakan pemain penting di bawah Andre Villas-Boas, namun dia enggan menandatangani perjanjian baru dan mungkin keluar secara bebas pada akhir musim ini.

Chelsea berharap agar bekas pengurus, Carlo Ancelotti, yang kini dalam peranan PSG, akan membayar yuran untuk bek warga Portugal, Bosingwa pada bulan ini.

Gergasi Perancis hampir-hampir mendapatkan pemain pertahanan, Alex dari Stamford Bridge pada perjanjian £4 juta dan Ancelotti turut berminat untuk bersatu semula dengan Frank Lampard.

Midfielder England berusia 33 tahun, yang telah bersama Chelsea sejak 2001, juga turut dikaitkan dengan Los Angeles Galaxy.

SAYA RASA SEPERTI MEREKA


Gary Cahill menegaskan beliau sedia untuk debutnya bersama Chelsea selepas mengenali rakan sepasukannya semasa trip mereka ke Majorca.

Bintang England itu menyelesaikan perpindahannya dari Bolton 11 hari yang lalu namun bos Blues,  Andre Villas-Boas telah mengenepikannya dalam perlawanan pasukan di Liga Perdana Inggeris di  Norwich minggu lepas.

Bagaimanapun, Cahill terbang bersama semua pemain skuad ke kepulauan Balearic untuk latihan dalam cuaca panas minggu ini.

Dan beliau kini merasakan telah dapat menyesuaikan diri sepenuhnya menjelang perlawanan penting Chelsea di Piala FA di QPR hari ini.

Cahill memberitahu: "Saya tiba hari Selasa, hanya berlatih beberapa hari sebelum perlawanan di Norwich dan kemudian kami terus terbang ke Majorca.

"Latihan memang sangat bagus dan ia menyeronokkan untuk mengenali rakan sepasukan – saya lebih mengenali semuanya sekarang.

"Sudah tentu ada banyak perbezaan karakter  di sini – berpunca besar dari kepelbagaian warganegara.

"Itu satu-satunya perkara yang amat berbeza di sini dan dari segi itu, ia sangat bagus – ada karakter yang menghiburkan dan mereka semua rakan yang hebat."

Friday 27 January 2012

ALEX MAU PERGI PSG


Bek Chelsea, Alex tidak akan menyertai QPR selepas gagal bersetuju dengan terma-terma peribadinya.

Pemain berusia 29 tahun itu telah berunding dengan Rangers mengenai potensi perpindahan menyeberangi barat London.

Namun difahamkan Alex tidak akan menyertai skuad Mark Hughes ketika kelab itu tidak dapat memenuhi permintaan gaji pemain tersebut.

Pemain antarabangsa Brazil itu menyerahkan permintaan berpindah di Chelsea pada bulan November dan kemudiannya dikaitkan dengan QPR, Juventus dan juga Paris St Germain.

The Hoops diberi kebenaran untuk bercakap dengan Alex tetapi gagal telah mempersetujui terma, dengan laporan menyatakan PSG di posisi terbaik untuk menandatanganinya."

Pengarah bola sepak kelab Perancis, Leonardo mengesahkan hari ini yang "terdapat kemungkinan" menandatangani pemain bek, yang akan menghubungkannya dengan bekas pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti, sekiranya dia beralih ke Parc des Princes."

GAJI ALEX BLEH BUNUH QPR


Bek Chelsea, Alex tidak akan menyertai QPR selepas gagal bersetuju dengan terma-terma peribadinya.

Pemain berusia 29 tahun itu telah berunding dengan Rangers mengenai potensi perpindahan menyeberangi barat London.

Namun difahamkan Alex tidak akan menyertai skuad Mark Hughes ketika kelab itu tidak dapat memenuhi permintaan gaji pemain tersebut.

Pemain antarabangsa Brazil itu menyerahkan permintaan berpindah di Chelsea pada bulan November dan kemudiannya dikaitkan dengan QPR, Juventus dan juga Paris St Germain.

The Hoops diberi kebenaran untuk bercakap dengan Alex tetapi gagal telah mempersetujui terma, dengan laporan menyatakan PSG di posisi terbaik untuk menandatanganinya."

Pengarah bola sepak kelab Perancis, Leonardo mengesahkan hari ini yang "terdapat kemungkinan" menandatangani pemain bek, yang akan menghubungkannya dengan bekas pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti, sekiranya dia beralih ke Parc des Princes."

LAMPARD CEDERA


Frank Lampard tidak diturunkan dalam pertembungan Piala FA di antara Chelsea dengan QPR.

Midfielder England itu mengalami kecederaan keting semasa the Blues seri tanpa jaringan di Norwich.

Dan imbasan telah mengesahkan bahawa Lampard, 33, mengalami koyakan kecil di bahagian otot yang akan mengenepikannya dari perlawanan pusingan keempat kejohanan hari Sabtu ini di Loftus Road.

Namun doktor kelab yakin kecederaan ini tidak serius dan berharap Lampard akan cergas untuk kunjungan Liga Perdana Inggeris ke Swansea pada hari Selasa nanti.

GARY CAHILL JD THE BLUES


Gary Cahill membidas kembali mereka yang mengatakan rundingan panjang sebelum perpindahannya ke Chelsea adalah disebabkan beliau tamak. 

'Ia sangat keras [untuk mengakui tuduhan yang saya bersikap tamak] kerana persepsi yang saya peorlehi,' katanya dalam sidang akhbar.

'Memang memeritkan untuk membaca sesetengah berita tersebut. Jika ia mengenai gaji, saya akan menunggu sehingga penghujung musim untuk membuat perpindahan. 

'Tapi saya mahu bermain di tahap tertinggi dan tidak pernah akan menolak peluang untuk menyertai  Chelsea.'

Laporan ketika itu mengandaikan bahawa Cahill telah meminta gaji setinggi £100,000 seminggu termasuk £4.5 juta bayaran penyertaan namun beliau menegaskan laporan mengenai gajinya tidak benar sama sekali.

Cahill memberitahu spekulasi tersebut kerana yuran perpindahan telah diumumkan sebelum beliau berpeluang bertemu dengan Chelsea dan realitinya ialah rundingan kontrak yang dapat diselesaikan dalam masa sehari.

CHELSEA MAU IKAT HAZARD


Chelsea sedang memantau secara dekat pemain sasaran £25 juta, Eden Hazard.


Pengarah teknikal Blues, Michael Emenalo berada di Marseille minggu lalu untuk menyaksikan Hazard bemain buat Lille – menyalakan spekulasi yang pemain perancang Belgium itu bakal menuju Stamford Bridge sebelum jendela perpindahan Januari ditutup.

Kunjungan Emenalo ke Perancis merupakan petanda jelas yang bos, Andre Villas-Boas sedang meningkatkan usaha mendapatkan pemain berusia 21 tahun itu, yang turut diintai oleh Manchester United dan Arsenal selain gergasi Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid.

Villas-Boas lebih gemar mendapatkan pemain remaja itu sekarang berbanding mengambil risiko bersaing untuknya pada musim panas nanti.

Saturday 21 January 2012

MCEACHRAN AKN MENINGKAT


Brendan Rodgers memuji "bakat besar" pemain pinjamannya, Josh McEachran.
 
Pemain berusia 18 tahun itu mungkin akan melakukan debut Swansea beliau di Sunderland hujung minggu ini selepas tiba dari Chelsea hingga akhir musim.
 
Dan Rodgers yakin midfielder England Bawah-21 in iboleh memberikan impak besar untuk kelab Wales tersebut dalam baki perlawanan musim ini.
 
Bos Swansea itu memberitahu: "Josh akan sesuai di sini dengan sangat mudah. Amat penting untuk pemain sesuai dari segi bakat dan personaliti dan beliau sesuai kedua-duanya.”
 
"Beliau ada teknik cukup bagus dengan bola, dengan visi hebat. Beliau pemain berbakat besar di mana ia akan ditunjukkan dalam beberapa tahun nanti.“
 
"Beliau pemain muda yang bagus dengan karier yang cerah menantikannya dan saya fikir penyokong akan gembira menyaksikan beliau.”
 
"Bakatnya tersedia untuk disaksikan, ia bakat yang amat semulajadi."


AVB MAU TORRES KEKAL


Carlo Ancelotti, yang digantikan Andre Villas-Boas sebagai bos Blues musim lalu, mencadangkan pemain bernilai £50 juta, Fernando Torres gagal menyinar di Stamford Bridge kerana Didier Drogba 'menarik' semua sengat jaringan pesaingnya.
 
Pengurus baru Paris St Germain, Ancelotti menegaskan jalan penyelesaian tunggal adalah menyingkirkan Drogba namun Villas-Boas berkata: "Bagi saya, itu bukan jalannya."
 
"Fernando dah bersama kami setahun dan sedang berada dalam tempoh prestasi hebat dan kelihatan mantap."
 
Torres memang meningkat sejak beberapa minggu namun ini selari dengan ketiadaan Drogba yang beraksi di Piala Negara Afrika.
 
"Ia tiada kena mengena dengan salah seorang ada dan yang seorang lagi tidak," kata Villas-Boas.
 
"Di kelab dengan dimensi seperti kami, kami ada persaingan tahap tinggi."
 
"Pemain lain yang bersaing dengan anda adalah sehebat atau lebih baik dari anda dan anda harus bersaing untuk tembusi kesebelasan utama."
 
"Ia sama dengan Barcelona dan Real Madrid. Anda bersaing dengan yang terbaik sesama sendiri." 


Friday 20 January 2012

DROGBA HAMPI KE CINA


Shanghai Shenhua kini berharap mereka akan melengkapkan perbelian 'blockbuster' buat striker Chelsea, Didier Drogba sebelum Isnin depan.
 
Menurut media tempatan, Shenhua sedang berunding dengan striker Chelsea dan mereka optimistik perjanjian semakin hampir.
 
Itu akan mewakili pembelian berganda hebat Shenhua, yang memujuk bekas rakan sepasukan Chelsea Drogba, Nicolas Anelka untuk membuat langkah awal tahun ini.
 
"Semuanya berjalan lancar setakat ini walaupun ada sikit halangan. Mereka tak pernah menolak kami, yang mana bagus untuk kami," jelas ahli lembaga kelab, Zhou Jun kepada The Shanghai Daily.
 
Dengan Anelka baru-baru ini menandatangani bersama kelab China itu, Zhou yakin kemungkinan menandatangani pemain berusia 33 tahun akan hadir dalam tempoh terdekat.
 
"Itu bagaikan membuat sebuah filem blockbuster. Ketika superstar seperti Jackie Chan, Jet Li dan Zhou Xun mengesahkan penyertaan mereka, pelakon-pelakon lain akan yakin filem tersebut."


TORRES AKN JD EL NINO


Oriol Romeu yakin Fernando Torres mula mendiamkan kritikan terhadapnya — meskipun kurang menjaringkan gol.
 
Torres, 27, hanya menjaringkan empat gol musim ini, dua di Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-juara.  
 
Namun beliau nampak kembali ke tahap terbaiknya semasa kemenangan 1-0 ke atas  Sunderland hari Sabtu lalu dengan sepakan akrobatik basikalnya mencipta gol kemenangan yang dijaringkan Frank Lampard.
 
Dan Romeu menegaskan rakan senegaranya dari Sepanyol itu telah sedaya-upaya bermain apabila ia mengenai membantu pasukannya.
 
Midfielder the Blues itu memberitahu: "Orang biasa mengatakan jika beliau tidak menjaringkan gol maka beliau tidak bermain dengan baik, tapi itu tidak betul."
 
"Beliau bermain dengan baik dan beliau membantu kami mendapatkan gol. Beliau bermain dengan sangat baik di Wolves dan kini beliau sekali lagi bermain dengan baik untuk kami."
 
"Beliau merebut setiap bola dan beliau pemain penting untuk kami."
 
"Jika beliau gembira, jika beliau menikmati permainannya di atas padang maka beliau bermain dengan lebih baik dan ia akan lebih membantu kami dari jika beliau tidak gembira di atas padang."


REDKNAAP MAU TUKAR TORES


Bos Tottenham, Harry Redknapp telah meredakan laporan yang dia bersedia menukar Luka Modric dengan pemain hambar Chelsea, Fernando Torres.
 
Pengurus Spurs itu, yang menyaksikan pasukannya ketinggalan dalam persaingan kejuaraan liga selepas seri 1-1 dengan Wolves di White Hart Lane, menegaskan dia tiada pelan untuk menggandingkan pemain Sepanyol itu dengan Emmanuel Adebayor, dan sebaliknya menyokong striker tersebut untuk bangkit bersama The Blues.
 
"Tidak, saya tak dengar pun tentang itu," katanya apabila ditanya tentang kemungkinan pertukaran Torres-Modric.
 
"Saya rasa Torres mula kelihatan seperti pemain yang kita semua kenali, seperti ketika dia di Liverpool – dia adalah seorang pemain hebat, tak disangkal tentang itu."
 
"Tapi mustahil dia datang ke Tottenham dan tiada perjanjian pertukaran buat Luka Modric, saya rasa mereka akan dapat yang terbaik darinya."


LUKAKU MAU PINJAM



Prospek remaja berbakat Chelsea, Romelu Lukaku membayangkan langkah pinjaman musim panas, memberi isyarat buat beberapa kelab termasuk QPR dan Stoke.
 
Lukaku, 18, melahirkan rasa kecewa selepas beraksi hanya tujuh kali setakat ini sejak menyertai kelab barat London dari Anderlecht pada bulan Ogos.
 
Dipercayai striker Belgium, yang tidak layak untuk dipinjamkan padajendela perpindahan semasa, akan berusaha mendapatkan beberapa aksi skuad utama dengan kelab Liga Perdana yang lain pada musim depan, meletakkan QPR di hadapan barisan yang mahu mendapatkan khidmatnya.
 
"Jika situasi saya di Chelsea tak berkembang antara kini dan akhir musim ini, mungkin lebih baik saya dipinjamkan semusim," demikian kenyataan Lukaku yang dipetik oleh agensi berita Belga.
 
"Pinjaman musim ini tak mustahil, ketika saya sudahpun bermain buat dua kelab yang berbeza (tetapi) jika situasi ini kekal, mungkin lebih baik bermain untuk kelab lain selama setahun dan kemudiannya kembali."
 
"Tapi kita lihat apa yang berlaku dalam tempoh enam bulan akan datang. Banyak perkara yang masih boleh berubah."


ALEX HAMPIR KE QPR


QPR semakin hampir mendapatkan pemain pertahanan Chelsea yang dalam senarai perpindahan, Alex.
 
The R's telah melihat bidaan mereka untuk pemain antarabangsa Brazil tersebut ditolak awal minggu lepas tapi kini mereka telah mencapai persetujuan dengan the Blues.
 
Mark Hughes kini perlu meyakinkan pemain berusia 29 tahun itu untuk menyertai kelab Loftus Road selepas mendengar laporan bahawa pemain ini mahu meninggalkan England.
 
Chelsea membeli Alex dari Santos pada tahun 2004 namun masalah permit kerja membuatkan beliau dipinjamkan ke PSV Eindhoven untuk selama tiga musim sebelum menyertai kelab asalnya pada musim panas 2007.
 
Alex telah melakukan 87 penampilan untuk the Blues namun mengemukakan permohonan perpindahan pada Disember lalu selepas hilang tempat dalam kesebelasan utama kepada rakan senegaranya, David Luiz.
 
Laporan ini muncul kurang 24 jam selepas Gary Cahill berkunjung ke London untuk menyempurnakan perpindahannya dari Bolton.


Monday 16 January 2012

KALOU SEDIA PERGI BEGITU SAJA


Salomon Kalou akan melawan percubaan Chelsea untuk menjualnya pada perpindahan Januari dan keluar Blues tanpa apa-apa jua dalam musim panas nanti.
 
Kalou kini bersama Ivory Coast bersedia untuk Piala Negara Afrika dan tidak dijangka kembali ke Stamford Bridge sehingga bulan depan. Namun dia menolak laporan langkah potongan harga ke Arsenal selepas gagal mempersetujui kontrak baru bersama Chelsea dan ada sehingga sepuluh kelab yang bersedia menandatanganinya apabila dia menjadi ejen bebas.
 
Tottenham, Liverpool, Everton dan beberapa kelab Eropah termasuk gergasi Perancis yang kaya, PSG turut berminat.
 
Walaupun Chelsea tidak berputus asa meyakinkan dia menandatangani perjanjian baru, kegagalan dalam rundingan telah mendorong mereka untuk menjualnya dengan harga diskaun bulan ini, dengan The Gunners selaku kegemaran awal untuk menandatanganinya.
 
Namun penasihat pemain berusia 26 tahun itu percaya dia akan berada dalam kedudukan yang jauh lebih berfaedah untuk bergerak pada akhir musim ini apabila dia tidak lagi perlukan yuran.
 
Segalanya adalah kerana kekurangan aksi skuad utama dan bukannya wang yang telah mendorong Kalou menolak tawaran £70,000 seminggu baru oleh Chelsea.


MARI BELI AKU


Chelsea dan Manchester United menerima rangsangan besar dalam usaha mereka terhadap Eden Hazard selepas pemain menyatakan akan berminat dengan perpindahan ke Liga Perdana Barclays.
 
Menurut laporan baru-baru ini, midfielder serangan Lille yang baru berusia 21 tahun pada minggu lepas, enggan menyertai selain Real Madrid pada musim panas dari juara Perancis itu. 
 
Namun bukan saja dia akan menerima tawaran Chelsea atau United, dia mungkin dibeli di jendela perpindahan ini, walaupun kelab bertegas dia tidak akan dibenarkan pergi sehingga akhir musim ini.
 
Ejen Hazard, John Bico, yang mengesahkan Chelsea mempertimbangkan tawaran £25 juta untuk pemain bersama klausa pelepasan £33 juta, berkata, "Karier Eden dibina berdasarkan falsafah kesabaran, setiap tahun, dan cita-citanya hari ini adalah cuba dan menjadikan Lille juara untuk musim kedua berturut-turut.
 
Tetapi dia profesional, dan kelab adalah syarikat. Kadang-kadang kelab perlu berurusan dengan realiti pasaran, dan Eden akan pergi bersama-sama dengan apa yang Lille putuskan.


Sunday 15 January 2012

KENAPA MODRIC PERLU KE CHELSEA?



Robbie Keane menegaskan bekas kelabnya Tottenham telah mengatasi  Chelsea sebagai salah sebuah pasukan terkuat di Liga Perdana Inggeris dan Stamford Bridge akan menjadi langkah ke belakang untuk bintang midfield Spurs, Luka Modric.

Keane memberitahu: 'Saya melihat  Chelsea cuba mendapatkan Luka – kini ia akan menjadi sangat sukar untuk meyakinkan dia berpindah ke sana kerana nampaknya seperti Spurs telah mengatasi mereka. 

'Ada pemain yang cukup hebat dalam skuad Spurs. Dan mereka membuktikannya. Harry telah membentuk pasukannya untuk beberapa tahun dan anda kini boleh melihat mereka serasi bersama. 

'Dan mereka ada kekuatan dalaman. Jika anda membiarkan pemain seperti Jermain Defoe di bangku simpanan, anda mesti ada pasukan yang kuat kerana anda tahu dia akan menjaringkan gol. 

'Tapi jika anda melihat permainan pasukan sejak 12 atau lebih perlawanan yang lalu, mereka nampak seperti sebuah pasukan yang boleh bertahan di situ untuk waktu yang panjang. Mereka akan mencabar kejuaraan liga. Ia tak dapat dipersoalkan.'

AVB N LAMPARD BAIK2 AJA


Andre Villas-Boas menegaskan hubungannya dengan Frank Lampard 'fantastik' dan tiada wang yang dapat membeli legenda Chelsea itu.
 
AVB menegaskan: "Kami berjumpa setiap hari dan berbual. Dia bukan pemain yang boleh dibeli pada sebaran harga.

"Dengan kedudukannya sebagai pemain dan sejarah yang diwakili, Frank mahu bermain sepanjang masa. Tapi ia sama juga dengan pemain lain. 

"Saya ada 24 orang pemain untuk dipilih dan pemilihan saya bergantung kepada bagaimana cara kami mahu bermain di satu-satu perlawanan.

"Semua pemain bersaing untuk memulakan perlawanan dan pemain di tahap seperti Frank ada jalan mudah untuk berada dalam pasukan berbanding yang lain. 

"Kami mencuba pelbagai pilihan setiap masa namun Frank masih merupakan pemain kelima paling banyak digunakan di Chelsea musim ini. Jadi beliau sentiasa terlibat."