Friday 20 January 2012

ALEX HAMPIR KE QPR


QPR semakin hampir mendapatkan pemain pertahanan Chelsea yang dalam senarai perpindahan, Alex.
 
The R's telah melihat bidaan mereka untuk pemain antarabangsa Brazil tersebut ditolak awal minggu lepas tapi kini mereka telah mencapai persetujuan dengan the Blues.
 
Mark Hughes kini perlu meyakinkan pemain berusia 29 tahun itu untuk menyertai kelab Loftus Road selepas mendengar laporan bahawa pemain ini mahu meninggalkan England.
 
Chelsea membeli Alex dari Santos pada tahun 2004 namun masalah permit kerja membuatkan beliau dipinjamkan ke PSV Eindhoven untuk selama tiga musim sebelum menyertai kelab asalnya pada musim panas 2007.
 
Alex telah melakukan 87 penampilan untuk the Blues namun mengemukakan permohonan perpindahan pada Disember lalu selepas hilang tempat dalam kesebelasan utama kepada rakan senegaranya, David Luiz.
 
Laporan ini muncul kurang 24 jam selepas Gary Cahill berkunjung ke London untuk menyempurnakan perpindahannya dari Bolton.


No comments:

Post a Comment