Salomon Kalou kembali pulang ke London untuk memulakan rundingan mengenai perpindahan ke Arsenal.
Penyerang Chelsea itu berada di Dubai bersama skuad Ivory Coast sebagai persediaan ke Kejohanan Piala Negara Afrika hujung bulan ini.
Namun beliau bergegar kembali ke England apabila the Gunners cuba memikatnya menyeberangi ibu negara.
Bos Arsene Wenger merupakan peminat utama Kalou dan yakin dapat memujuknya untuk melakukan perpindahan.
Pemain ini akan mendatangkan kos £3 juta semasa musim perpindahan dengan kontraknya berakhir di penghujung musim.
Perbincangan mengenai kontrak baru tergendala di Stamford Bridge berikutan permintaan gajinya sebanyak £90,000 seminggu.
Beliau akan menjadi pembelian utama kedua di jendela perpindahan Januari selepas kepulangan Thierry Henry secara pinjaman dari New York Red Bulls
No comments:
Post a Comment