Ejen Marek Hamsik telah mendedahkan midfielder Napoli tersebut berminat dengan perpindahan ke Chelsea.
Pemain antarabangsa Slovakia itu ketika ini sedang dalam rundingan kontrak sambungan di Napoli dan turut dikaitkan dengan Manchester City.
Pegawai di Stadio San Paolo yakin pemain berumur 24 tahun ini akan menandatangani kontrak baru namun ejen Mino Raiola telah membayangkan pemain ini sanggup mempertimbangkan perpindahan ke Sepanyol atau England.
"Jika Napoli menerima tawaran dari Barcelona, Chelsea atau Real Madrid, maka ia cukup logik untuk diterima," katanya.
Bos Blues Andre Villas-Boas diketahui mahu mencari midfielder kreatif bulan ini dalam usaha mengatasi masalah permainan tidak konsisten yang menyaksikan pasukannya semakin jauh dalam persaingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Laporan di Portugal mengandaikan sasaran utamanya bukan Hamsik, namun Joao Moutinho, yang dibawanya semasa berkhidmat sebagai pengurus Porto.
No comments:
Post a Comment