Friday, 13 January 2012

TIADA KBMBGN PD JT


John Terry meredakan kebimbangan mengenai kecederaan lutut beliau dan yakin akan cergas untuk bertemu Sunderland hari Sabtu ini.
 
Terry, 31, merasai kesakitan di lututnya semasa melanggar tiang ketika mengeluarkan bola dari garisan gol ketika kemenangan Piala FA hari Ahad lepas ke atas Portsmouth.
 
Bintang England itu dapat meneruskan permainan walaupun lututnya membengkak, menambahkan lagi masalah lutut kiri yang mengganggu permainannya sejak kebelakangan ini.  
 
Ia memaksa Terry menjalani ujian kecergasan lewat menjelang perlawanan Ahad ini, mengakui beliau memerlukan suntikan penahan sakit semasa mencatatkan kemenangan ke atas Wolves malam Isnin lalu.
 
Terry berkata: "Saya ada masalah dengan lutut yang satu lagi tapi saya melanggar tiang dengan lutut kanan saya."
 
"Semuanya baik. Ia agak bengkak tapi saya pasti rehat dua hari yang kami ada, ia akan pulih."


No comments:

Post a Comment