Sunday, 15 January 2012

AVB N LAMPARD BAIK2 AJA


Andre Villas-Boas menegaskan hubungannya dengan Frank Lampard 'fantastik' dan tiada wang yang dapat membeli legenda Chelsea itu.
 
AVB menegaskan: "Kami berjumpa setiap hari dan berbual. Dia bukan pemain yang boleh dibeli pada sebaran harga.

"Dengan kedudukannya sebagai pemain dan sejarah yang diwakili, Frank mahu bermain sepanjang masa. Tapi ia sama juga dengan pemain lain. 

"Saya ada 24 orang pemain untuk dipilih dan pemilihan saya bergantung kepada bagaimana cara kami mahu bermain di satu-satu perlawanan.

"Semua pemain bersaing untuk memulakan perlawanan dan pemain di tahap seperti Frank ada jalan mudah untuk berada dalam pasukan berbanding yang lain. 

"Kami mencuba pelbagai pilihan setiap masa namun Frank masih merupakan pemain kelima paling banyak digunakan di Chelsea musim ini. Jadi beliau sentiasa terlibat."

No comments:

Post a Comment