Friday, 20 January 2012

LUKAKU MAU PINJAM



Prospek remaja berbakat Chelsea, Romelu Lukaku membayangkan langkah pinjaman musim panas, memberi isyarat buat beberapa kelab termasuk QPR dan Stoke.
 
Lukaku, 18, melahirkan rasa kecewa selepas beraksi hanya tujuh kali setakat ini sejak menyertai kelab barat London dari Anderlecht pada bulan Ogos.
 
Dipercayai striker Belgium, yang tidak layak untuk dipinjamkan padajendela perpindahan semasa, akan berusaha mendapatkan beberapa aksi skuad utama dengan kelab Liga Perdana yang lain pada musim depan, meletakkan QPR di hadapan barisan yang mahu mendapatkan khidmatnya.
 
"Jika situasi saya di Chelsea tak berkembang antara kini dan akhir musim ini, mungkin lebih baik saya dipinjamkan semusim," demikian kenyataan Lukaku yang dipetik oleh agensi berita Belga.
 
"Pinjaman musim ini tak mustahil, ketika saya sudahpun bermain buat dua kelab yang berbeza (tetapi) jika situasi ini kekal, mungkin lebih baik bermain untuk kelab lain selama setahun dan kemudiannya kembali."
 
"Tapi kita lihat apa yang berlaku dalam tempoh enam bulan akan datang. Banyak perkara yang masih boleh berubah."


No comments:

Post a Comment