Shanghai Shenhua kini berharap mereka akan melengkapkan perbelian 'blockbuster' buat striker Chelsea, Didier Drogba sebelum Isnin depan.
Menurut media tempatan, Shenhua sedang berunding dengan striker Chelsea dan mereka optimistik perjanjian semakin hampir.
Itu akan mewakili pembelian berganda hebat Shenhua, yang memujuk bekas rakan sepasukan Chelsea Drogba, Nicolas Anelka untuk membuat langkah awal tahun ini.
"Semuanya berjalan lancar setakat ini walaupun ada sikit halangan. Mereka tak pernah menolak kami, yang mana bagus untuk kami," jelas ahli lembaga kelab, Zhou Jun kepada The Shanghai Daily.
Dengan Anelka baru-baru ini menandatangani bersama kelab China itu, Zhou yakin kemungkinan menandatangani pemain berusia 33 tahun akan hadir dalam tempoh terdekat.
"Itu bagaikan membuat sebuah filem blockbuster. Ketika superstar seperti Jackie Chan, Jet Li dan Zhou Xun mengesahkan penyertaan mereka, pelakon-pelakon lain akan yakin filem tersebut."
No comments:
Post a Comment