Michael Essien akhirnya bersedia untuk kembali menghangatkan musim dalam minggu ini.
Bintang Chelsea yang dilanda kecederaan itu langsung tidak membuat penampilan skuad utama musim ini. Namun pemain antarabangsa Ghana, yang terlepas aksi negara dalam Piala Negara-Negara Afrika, akan hadir dalam pertemuan pasukan simpanan Chelsea menentang simpanan West Brom di Cobham pada hari Isnin.
Essien, 29, mengalami tempoh dilanda kecederaan pada masa lalu dan akan perlu membina kecergasan untuk perlawanan.
Namun sepanjang dalam prestasi terbaiknya, dia boleh menjadi pemain asas di tengah Blues dan kepulangan tonggak hebat Afrika ini bakal meningkatkan pilihan midfielder Chelsea pada jangka musim ini.
No comments:
Post a Comment