Robbie Keane menegaskan bekas kelabnya Tottenham telah mengatasi Chelsea sebagai salah sebuah pasukan terkuat di Liga Perdana Inggeris dan Stamford Bridge akan menjadi langkah ke belakang untuk bintang midfield Spurs, Luka Modric.
Keane memberitahu: 'Saya melihat Chelsea cuba mendapatkan Luka – kini ia akan menjadi sangat sukar untuk meyakinkan dia berpindah ke sana kerana nampaknya seperti Spurs telah mengatasi mereka.
'Ada pemain yang cukup hebat dalam skuad Spurs. Dan mereka membuktikannya. Harry telah membentuk pasukannya untuk beberapa tahun dan anda kini boleh melihat mereka serasi bersama.
'Dan mereka ada kekuatan dalaman. Jika anda membiarkan pemain seperti Jermain Defoe di bangku simpanan, anda mesti ada pasukan yang kuat kerana anda tahu dia akan menjaringkan gol.
'Tapi jika anda melihat permainan pasukan sejak 12 atau lebih perlawanan yang lalu, mereka nampak seperti sebuah pasukan yang boleh bertahan di situ untuk waktu yang panjang. Mereka akan mencabar kejuaraan liga. Ia tak dapat dipersoalkan.'
No comments:
Post a Comment