Saturday, 14 January 2012

KAKUTA KE DIJON


Pemain sayap Chelsea, Gael Kakuta telah menyertai Dijon secara pinjaman sehingga akhir musim ini.

Warga Perancis berusia 20 tahun itu langsung tidak membuat penampilan liga untuk Chelsea musim ini, bergerak secara pinjaman ke Bolton pada bulan Ogos tetapi membuat sedikit impak dalam enam aksi, empat selaku pemain gantian.

Dia kembali ke Stamford Bridge pada awal Januari, dengan Andre Villas-Boas ketika ini tidak memerlukan khidmatnya, dia segera dipinjamkan kepada sisi Ligue 1.

Musim lalu, Chelsea meminjamkan pemain antarabangsa Perancis bawah-21 tahun kepada Fulham, yang mana dia menjaringkan satu gol dalam tujuh penampilan, sekali lagi gagal memulakan banyak perlawanan.

Dijon mengumumkan pinjaman di laman web mereka tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Kontrak Kakuta di Chelsea berkahir pada 2015, selepas dia tandatangani perjanjian empat tahun setengah pada Disember 2010.

Walaupun hadir di sebalik segala keributan yang melanda, pemain remaja itu setakat ini gagal menarik perhatian di Stamford Bridge.

No comments:

Post a Comment