Sunday, 8 January 2012

LAMPARD BOLEH PERGI


Chelsea telah memberitahu Frank Lampard mereka tidak akan membenarkannya menyertai pesaing Liga Perdana – namun dia bebas untuk berpindah ke luar negara.
 
Dan ini telah menarik perhatian bos Paris St Germain, Carlo Ancelotti, yang terdesak untuk menandatangani seorang bintang tengah sewaktu jendela perpindahan Januari selepas kegagalan kelabnya mendapatkan David Beckham.
 
Manchester United membuat pertanyaan kepada Chelsea tentang kemungkinan membeli Lampard Khamis lalu – namun soalan itu dijawab dengan jelas, ‘Tidak’.
 
Namun selepas hubungannya dengan pengurus, Andre Villas-Boas retak, Chelsea bersedia untuk melepaskan Lampard, yang masih mempunyai baki kontrak 18 bulan, secara perpindahan percuma ke luar negara bagi melepaskan gaji £150,000 seminggunya dari kos gaji kelab.
 
Bintang England berusia 33 tahun itu tidak berminat berpindah ke Major League Soccer walaupun menerima minat dari LA Galaxy, namun perpindahan ke Paris mampu menarik minatnya kerana ibu negara Perancis itu dekat dengan London, di mana anak-anaknya tinggal.
 
Rakan baiknya, Joe Cole telahpun bermain di Ligue One di Perancis bersama Lille secara pinjaman semusim, dan PSG yang dibiayai firma dari Qatar merupakan di antara beberapa kelab yang mampu menyamai gaji yang diterimanya di Chelsea.


No comments:

Post a Comment