Friday, 27 January 2012

GARY CAHILL JD THE BLUES


Gary Cahill membidas kembali mereka yang mengatakan rundingan panjang sebelum perpindahannya ke Chelsea adalah disebabkan beliau tamak. 

'Ia sangat keras [untuk mengakui tuduhan yang saya bersikap tamak] kerana persepsi yang saya peorlehi,' katanya dalam sidang akhbar.

'Memang memeritkan untuk membaca sesetengah berita tersebut. Jika ia mengenai gaji, saya akan menunggu sehingga penghujung musim untuk membuat perpindahan. 

'Tapi saya mahu bermain di tahap tertinggi dan tidak pernah akan menolak peluang untuk menyertai  Chelsea.'

Laporan ketika itu mengandaikan bahawa Cahill telah meminta gaji setinggi £100,000 seminggu termasuk £4.5 juta bayaran penyertaan namun beliau menegaskan laporan mengenai gajinya tidak benar sama sekali.

Cahill memberitahu spekulasi tersebut kerana yuran perpindahan telah diumumkan sebelum beliau berpeluang bertemu dengan Chelsea dan realitinya ialah rundingan kontrak yang dapat diselesaikan dalam masa sehari.

No comments:

Post a Comment