Wednesday 30 November 2011

INJURY NEWS:MCEACHRAN


MCEACHRAN cedera semasa menentang liverpool baru ini.mceachran cedera di bahagian tisu lembut di buku  lali kiri.medical kita akan membuat rawatan dan memberi keputusan beberapa hari nanti.

TRANSFER NEWS:DROGBA TINGGALKAN CHELSEA



LONDON - Penyerang Chelsea, Didier Drogba dilaporkan telah bersedia untuk meninggalkan pasukan itu selepas menolak tawaran baharu skuad The Blues.
Pemain berusia 33 tahun yang memperoleh gaji £120,000 (RM595,605) seminggu itu difahamkan telah menolak tawaran selama setahun dan kini berada dalam tempoh terakhir bersama Chelsea.
Difahamkan, Drogba sudah bersedia untuk meninggalkan Stamford Bridge sebagai pemain bebas, sekali gus beraksi bersama kelab mewah Rusia atau Qatar.
Bagaimanapun, Thierno Seydi selaku ejen Drogba mendakwa: "Drogba telah ditawarkan kontrak selama setahun dengan Chelsea, namun tawaran itu tidak memadai bagi kami.
"Kelab Itali, AC Milan pernah meluahkan rasa minat untuk mendapatkan khidmat Drogba sebagai pemain pinjaman sekiranya gagal mendapatkan pemain itu secara kekal.
"Namun, saya menegaskan 'tidak' kerana tawaran itu tidak menarik perhatian kami.
"Pada peringkat umur Drogba sekarang, dia sudah tiada apa untuk dibuktikan sebagai pemain dan pemain itu akan beraksi untuk kelab yang menawarkan kontrak lumayan sahaja.
"Kemungkinan dia akan beraksi di Amerika Syarikat, Rusia, Qatar atau di mana-mana sahaja yang menawarkan kontrak lumayan kepada kami," ujarnya.
Drogba telah 'disunting' oleh bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho dari Marseille dengan melengkapkan perpindahan £24 juta (RM119 juta) pada tahun 2004.
Penyerang berasal dari Ivory Coast itu telah menjaring 146 gol sepanjang tempoh tujuh tahun beraksi bersama Chelsea.

CARLING: CHELSEA 0-2 LIVERPOOL


perlawanan yang cukup rancak antata kedua pasukan dengan lorongan daripada bellamy terus di tendang oleh maxi memberi satu mata kepada liverpool.serangan daripada chealsea tidak cukup tajam.carol juga tidak menyempurnakan penalti dengan baik.minit ke 62 bellamy membuat hantaran dan di sentuh oleh kelly menjadikan 2mata bagi liverpool.chealsea terpaksa akur dengan kekalahan.

CHEALSEA DAN MAN CITY KEJAR KRASIC

Chelsea dan Manchester City mungkin bakal bertarung sesama sendiri dalam jendela perpindahan Januari ini selepas ejen pemain sayap Juventus, Milos Krasic memberitahu pemain itu mahu meninggalkan kelab.

Kedua-dua kelab dilaporkan membuat tawaran untuk pemain sayap antarabangsa Serbia berusia 27 tahun itu pada musim panas lepas namun ditolak tapi ejen  Dejan Joksimovic memberitahu kliennya kini semakin kecewa dipinggirkan dalam kesebelasan utama pasukan di Turin dan mahu berpindah.

'[Pengurus Juventus, Antonio] Conte tidak mahukannya,' kata Joksimovic. 'Milos perlu bermain dan ada banyak kelab yang berminat.'

Dia menyambung: ' Chelsea dan Manchester City melakukan tawaran pada musim panas lepas namun ditolak oleh Juventus. Namun keadaan telah berubah dan kami akan lihat apa yang berlaku dengan  [pengarah sukan Juventus, Giuseppe] Marotta pada musim sejuk.'

Bekas pemain  CSKA Moscow, Krasic, yang pernah dikaitkan dengan Manchester United, menyertai Juventus pada musim panas 2010 dan baru memulakan empat perlawanan Serie A setakat ini, hanya sekali menyempurnakan 90 minit waktu perlawanan.

LAMPARD DI KAITKAN KE MLS

Midfielder Chelsea, Frank Lampard sedang mengkaji hasrat melanjutkan kontraknya bersama kelab itu selepas menolak khabar angin mengaitkan dirinya dengan perpindahan ke LA Galaxy.

Perjanjian semasa pemain antarabangsa England itu berjalan sehingga 2013 dan dia berminat kekal di Stamford Bridge untuk selama yang mungkin.

Lampard secara bergilir-gilir beraksi dan berada di bangku simpanan musim ini tetapi dia masih penjaring gol utama di kelab dengan tujuh gol.

Terdapat khabar angin bahawa LA Galaxy mahu menandatangani pemain berusia 33 tahun itu kerana David Beckham dijangka keluar pada akhir tahun, namun The Londoner telah menafikan sebarang rundingan perpindahan.

"Selagi mampu, saya ada musim ini dan musim depan, saya akan gembira melanjutkan kontrak," kata Lampard.

"Selagi kelab mahu saya, saya akan berada di sini."

"Apa sahaja yang orang kata tentang saya pergi ke tempat lain, saya akan kekal di sini, tak ragu lagi."

DI MATTEO: AKU GEMBIRA DI SINI



Penolong pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo menolak spekulasi bahawa dia tidak gembira dengan peranan di Stamford Bridge dan menegaskan dia menikmati hubungan baik dengan pengurus, Andre Villas-Boas.
 
Di Matteo bermula selaku pengurus West Brom musim lalu tetapi dipecat pada Februari, digantikan oleh Roy Hodgson.
 
Warga Itali itu menyertai staf sokongan kelab Chelsea berikutan perlantikan Villas-Boas pada musim panas, namun laporan minggu ini menyatakan dia tidak berpuas hati dengan kehidupan sebagai pembantu kepada pengurus berusia 34 tahun dan sedang memantau peluang untuk pergi.
 
"Andre dan saya telah berkembang bukan sahaja melalui gandingan profesional tetapi sejak beberapa bulan persahabatan kami, yang mana akan kekal selama-lamanya. Kami ada persahabatan yang kuat. Saya rasa itu telah menunjukkan semuanya."
 
"Saya komited buat Chelsea. Ada beberapa pertanyaan tentang saya dan saya berbesar hati, tapi saya menolak dengan sopan kerana saya amat gembira di sini dan mahu berjaya bersama kumpulan dan kelab ini."
 
Villas-Boas, yang di bawah tekanan untuk menjulang kelab dari kedudukan semasa kelima mereka di Liga Perdana Barclays, turut menjelaskan hal sebenar."
 
"Ini sesuatu yang benar-benar keluar dari dunia ini," kata warga Portugal.
 
"Saya tak tahu bagaimana cerita ini keluar. Ia sama sekali salah, cerita palsu."