Penolong pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo menolak spekulasi bahawa dia tidak gembira dengan peranan di Stamford Bridge dan menegaskan dia menikmati hubungan baik dengan pengurus, Andre Villas-Boas.
Di Matteo bermula selaku pengurus West Brom musim lalu tetapi dipecat pada Februari, digantikan oleh Roy Hodgson.
Warga Itali itu menyertai staf sokongan kelab Chelsea berikutan perlantikan Villas-Boas pada musim panas, namun laporan minggu ini menyatakan dia tidak berpuas hati dengan kehidupan sebagai pembantu kepada pengurus berusia 34 tahun dan sedang memantau peluang untuk pergi.
"Andre dan saya telah berkembang bukan sahaja melalui gandingan profesional tetapi sejak beberapa bulan persahabatan kami, yang mana akan kekal selama-lamanya. Kami ada persahabatan yang kuat. Saya rasa itu telah menunjukkan semuanya."
"Saya komited buat Chelsea. Ada beberapa pertanyaan tentang saya dan saya berbesar hati, tapi saya menolak dengan sopan kerana saya amat gembira di sini dan mahu berjaya bersama kumpulan dan kelab ini."
Villas-Boas, yang di bawah tekanan untuk menjulang kelab dari kedudukan semasa kelima mereka di Liga Perdana Barclays, turut menjelaskan hal sebenar."
"Ini sesuatu yang benar-benar keluar dari dunia ini," kata warga Portugal.
"Saya tak tahu bagaimana cerita ini keluar. Ia sama sekali salah, cerita palsu."
No comments:
Post a Comment