Bekas midfielder Barcelona, Oriol Romeu merancang untuk terus mengetepikan Frank Lampard darpada pasukan Chelsea.
Romeu, 20, kelihatan memberi jaminan dalam prestasinya buat The Blues baru-baru ini, kemuncaknya dia memulakan aksi penting Liga Juara-Juara menentang Valencia pada hari Selasa. Bintang England Lampard pula terpaksa menonton dari bangku simpanan.
Dengan John Obi Mikel turut mengecewakan bagi peranan midfielder defensif dan Michael Essien tiada akibat tercedera untuk jangka masa panjang, Romeu bakal membalas kepercayaan yang ditunjukkan oleh pengurus, Andre Villas-Boas dengan menjaga kedudukannya di posisi Lampard.
"Saya tak merasa seperti saya pilihan automatik dalam kedudukan saya, tidak sama sekali," katanya.
"Ada tiga, empat atau lima pemain yang boleh bermain di sana. Satu-satunya perkara yang kami semua boleh lakukan adalah hanya mengekalkan tahap kami jika kami mahu bermain. Itu merupakan evolusi yang berterusan dan kita semua boleh bermain pada masa ini."
Romeu ditandatangani dengan nilai £4.5 juta pada musim panas, mempunyai peluang terhad dalam pasukan Barca melalui kehadiran pemain seperti Xavi, Cesc Fabregas, Andres Iniesta, Sergio Busquets dan Thiago Alcantara.
No comments:
Post a Comment