Harry Redknapp mengakui akan ambil kesempatan membawa penyerang Chelsea, Dider Drogba ke Tottenham selepas pemain antarabangsa Ivory Coast itu menolak kontrak sambungan dua tahun.
Drogba bakal menjadi antara pemain yang meninggalkan Stamford Bridge ketika Andre Villas-Boas merancang merombak skuad secara besar-besaran.
Penjaga gol Blues, Petr Cech antara pemain yang akan dibenarkan pergi musim panas depan manakala Nicolas Anelka dan Alex tidak lagi dibenarkan berlatih bersama pasukan utama dan hampir pasti akan pergi.
Pengurus Spurs itu tidak merahsiakan kekagumannya terhadap Drogba, 33, yang mahu dibawanya ke White Hart Lane.
Redknapp berkata: "Drogba pemain hebat, pemain fantastik, jadi siapa tahu? Saya tak boleh duduk di sini dan kata kami tak berminat."
"Sesiapa pun berminat untuk memilikinya dalam pasukan mereka tapi kami tak buat sebarang pertanyaan."
No comments:
Post a Comment