Friday, 2 December 2011

EX CHELSEA:MAKELELE



Bekas midfielder Chelsea, Claude Makelele telah muncul sebagai calon mengejut untuk mengurus kelab berbelanja besar, Paris Saint-Germain.
Kelab Perancis itu telah kehilangan sabar dengan Antoine Kombouare, terutama selepas kekalahan 3-0 Ahad lalu di tangan Marseille, dan telah pun menamakan beberapa nama besar dalam dunia bola sepak untuk mengambil alih di Parc des Princes.
Carlo Ancelotti, yang tidak bekerja sejak dipecat oleh Chelsea musim panas lalu, telah pun menolak tawaran mereka kerana dia lebih gemar untuk bekerja di England.
Guus Hiddink turut dipertimbangkan namun belum pasti samada dia mahu bekerja di Perancis selepas berpisah dengan Turki awal bulan ini.
Bos Shakthar Donetsk, Mircea Lucescu merupakan seorang lagi jurulatih yang sangat diminati pengarah sukan PSG, Leonardo, namun warga Romania itu enggan menimbang untuk melepaskan jawatannya sekarang sehingga penghujung musim nanti.
Ini telah membuat pemilik kelab dari Qatar untuk menimbang Makelele, yang mengambil lessen kejurulatihan di kelab itu selepas menggantung butnya di penghujung musim lalu.
Bekas pemain berusia 38 tahun itu tidak mempunyai pengalaman mengurus namun telah memikat hati Leonardo dan mungkin mengambil alih tugas sebagai pengurus sementara untuk baki musim ini.

No comments:

Post a Comment