Andre Villas-Boas boleh menarik nafas lega dengan laporan bahawa bekas pengurus Chelsea, Guus Hiddink tidak akan kembali ke Stamford Bridge.
Pengurus the Blues, Villas-Boas mengancam mahu pergi jikaHiddink kembali ke kelab London tersebut sebagai pengurus besar.
Tapi beliau kini boleh berasa tenang kerana pengurus Belanda berusia 65 tahun itu sebaliknya akan berkhidmat dengan seorang lagi bilionair Russia.
Hiddink bakal dilantik sebagai pengurus kelab Russia, Anzhi Makhachkala, yang dimiliki bilionair Suleyman Kerimov.
Kerimov telah melabur kekayaannya ke kelab, membeli Samuel Eto'o dari Inter Milan dan Yuri Zhirkov dari Chelsea — tapi mereka masih bergelut untuk memberikan impak di Liga Russia.
Kini Kerimov berpaling ke Hiddink untuk memulihkan pasukan yang dipenuhi pemain bintang tersebut.
Hiddink berminat namun kini sedang bercuti selepas kariernya sebagai pengurus Turki berakhir dengan kegagalan layak ke Kejohanan Eropah 2012 — jadi beliau akan diberikan jawatannya selepas Krismas.
No comments:
Post a Comment