Tuesday, 6 December 2011

SAYA TAU SERTAI KELAB MANA2




Penyerang Chelsea, Nicolas Anelka menerima keputusan kelab untuk menunjukkannya jalan keluar.
 
Pengurus Andre-Villas Boas memberitahu bahawa Anelka dan Alex telah mengemukakan permohonan perpindahan yang telah diterima dan mereka akan dibenarkan pergi semasa jendela perpindahan Januari.  
 
Dan Anelka, yang mahukan peluang kesebelasan utama musim ini namun terhad kerana kemunculan  Daniel Sturridge, mengesahkan beliau sedia berpindah.
 
Dalam kenyataannya, Anelka menulis: "Saya tahu serba-sedikit di mana saya akan berada pada 2 Januari."
 
"Kelab yang sedang mengharungi waktu yang sukar telah memutuskan untuk bekerjasama dengan pemain Chelsea masa hadapan dan saya sebagai pemain profesional, harus menerimanya."

No comments:

Post a Comment