Juan Mata yakin rakan sepasukan kelab dan negaranya, Fernando Torres akan kembali bangkit untuk Chelsea.
Mata menegaskan rakan sepasukan Sepanyol masih belum tenggelam dan berkata, "Fernando sangat tak bernasib baik tetapi memang benar bahawa setiap striker perlukan gol."
"Kini Fernando bekerja keras dalam latihan setiap hari dan pasti gol akan tiba tak lama lagi."
Itu mesej yang turut diulangi oleh bos Blues, Andre Villas-Boas yang akan perlu bergantung kepada pemain bernilai £50 juta itu ketika Didier Drogba tiada untuk beraksi di Piala Bangsa-Bangsa Afrika bulan depan.
Namun Alan Shearer, yang membuat rekod jaringan 260 gol di Liga Perdana termasuk mencecah tiga angka dengan kedua-dua Blackburn dan Newcastle, menyatakan Torres hanya akan ubah cerita Chelsea jika dia kembali kepada asas-asas menjaringkan gol.
Shearer berkata, "Torres jarang lari masuk ke dalam. Jika anda lihat semasa dia menentang Fulham, dia sering mendapatkan bola dengan membelakangi gol dan itu memudahkan bek lawan, lebih-lebih lagi apabila dia datang dari dekat sepanjang masa."
"Dia tak boleh jaringkan gol jika dia terlalu ke tepi apabila bola masuk ke dalam kotak. Dia perlu ada di dalam kotak untuk menjaringkan gol, sama ada berhenti bersantai atau hasilkan gol yang hebat."
No comments:
Post a Comment