Andre Villas-Boas mengesahkan Chelsea telah menerima permohonan perpindahan dari Alex dan Nicolas Anelka.
Pengurus Portugal itu berkata: "Perbincangan yang kami ada sangat adil, jujur dan terus-terang dengan pemain."
"Pemain telah menunjukkan minat untuk meninggalkan kelab mereka telah mengemukakan permohonan perpindahan."
"Mereka pemain profesional terbaik - professonalisme dan integriti mereka tidak pernah dipersoalkan- tapi ketika ini dengan keputusan dan prestasi semasa, kami memutuskan untuk cuba menjadikan kumpulan pemain bersatu-padu dan kami memutuskan untuk memberikan waktu latihan berbeza untuk Anelka dan Alex."
"Sekali lagi, ia adalah perbincangan yang telus dan terus-terang, pemain cukup hebat menerimanya. Kumpulan pemain telah dimaklumkan dan mereka sebulat suara menerima keputusan tersebut."
"Permohonan perpindahan telah diterima – ia tidak bermakna ia akan berlaku dan jika ia tidak berlaku, pemain akan kembali ke latihan penuh."
No comments:
Post a Comment