Harapan Chelsea untuk menandatangani pemain Real Madrid, Gonzalo Higuain sebagai pengganti jangka panjang Didier Drogba berdepan halangan setelah striker itu turut menjadi sasaran Juventus.
Pemain kebangsaan Argentina itu telah turun dalam turutan pemain di belakang bintang Perancis, Karim Benzema di mata Jose Mourinho, dan bakal menamatkan tempoh enam tahunnya di Sepanyol musim panas depan.
Namun menurut laporan akhbar Itali, Chelsea yang diketahui berminat mendapatkannya mempunyai kelebihan berbanding pendahulu Serie A, Juve yang memerlukan pengesahan bola sepak Liga Juara-juara sebelum mereka boleh melancarkan tawaran £24 juta.
Blues telahpun kehilangan Nicolas Anelka, dan akan tanpa Drogba hampir keseluruhan Januari akibat Piala Negara Afrika, sementara Fernando Torres kekal dalam prestasi buruk.
Dan ketika Higuain tidak mampu untuk beraksi dalam kempen Eropah musim ini, Andre Villas-Boas percaya striker berusia 24 tahun itu merupakan pemain yang sesuai menggerakkan kempen Chelsea di peringkat domestik.

No comments:
Post a Comment