Andre Villas-Boas akan diberikan belanja £150 juta untuk jendela perpindahan Januari.
Chelsea dan pemiliknya Roman Abramovich sedang giat merapatkan jurang dengan kedua-dua kelab Manchester.
Sasaran utama kelab termasuklah penyerang bernilai £50 juta, Edinson Cavani dan rakan sepasukannya di Napoli, Marek Hamsik, yang dinilaikan pada harga £30 juta.
Ironinya, Chelsea berdepan kelab Itali itu di pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-juara dengan Hamsik, 24, menegaskan: "Mereka adalah kelab hebat — kami menentang pasukan yang sangat kuat."
The Blues setakat ini menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan dalam musim pertama kendalian AVB.
Namun Abramovich berazam untuk terus menyokong pengurus pilihannya dan memberikan imunisasi bagi memastikan Chelsea kembali menjadi pesaing kejuaraan liga.
Chelsea juga dilaporkan berminat dengan pemain sayap Juventus dan sasaran Manchester United, Milos Krasic — bernilai £20 juta.
Bagaimanapun, pembelian pertama the Blues untuk tahun 2012 akan menjadi pembelian jauh lebih murah, Gary Cahill, yang akan meninggalkan Bolton dengan harga hanya £7 juta.
No comments:
Post a Comment