Menurut laporan, Chelsea sedia bersaing dengan Arsenal dalam perlumbaan menandatangani playmaker Borussia Dortmund, Mario Goetze.
Bos Gunners, Arsene Wenger melihat Goetze, 19, sebagai antara pemain muda yang terbaik di dunia dan dipercayai dia bersedia memecahkan rekod perpindahan kelab bagi mendaratkan bintang bernilai £33 juta itu.
Dijangka halangan utama yang akan dihadapi Arsenal dalam usaha mengejar tonggak antarabangsa Jerman itu adalah keengganan Dortmund menjual, namun kini segalanya telah berubah.
Andre Villas-Boas mengenal pasti Goetze sebagai antara pemain yang dijejakinya selaku pengganti jangka panjang bagi Frank Lampard di bahagian tengah Chelsea.
Pemilik Blues, Roman Abramovich berminat melihat pasukannya bermain bola sepak menarik dan dia nampaknya bersedia untuk membiayai langkah bagi remaja Jerman itu.
Dortmund tidak akan membenarkan remaja itu pergi pada Januari dan telah secara terbuka menyatakan mahu dia menandatangani lanjutan kontrak semasa, yang tamat tempoh pada 2014.
Namun, dijangka juara Bundesliga akan mendengar tawaran selepas Euro 2012, ketika mereka menunjukkan minat terhadap Marco Reus dari Borussia Monchengladbach, yang boleh menjadi gantian untuk Goetze.
No comments:
Post a Comment