Wednesday, 14 December 2011

I LOVE CHELSEA




Frank Lampard 'menenggelamkan' 10 pemain Manchester City dan kemudiannya berikrar, "Saya akan kekal".
 
Legenda Blues, yang dibekukan daripada kesebelasan utama oleh Andre Villas-Boas, keluar dari bangku simpanan memastikan gol melalui sepakan penalti lapan minit kemudiaannya.
 
Dia bertanggungjawab memastikan kekalahan pertama City di Liga Perdana musim ini untuk menjulang Blues ke tangga ketiga.
 
Lamps berkata, "Saya tahu saya ada banyak untuk diberikan. Saya ada 18 bulan lagi dalam kontrak saya dan saya akan berada di sini selama itu dan terus cuba sedaya upaya saya."
 
"Sukar apabila anda tak bermain. Saya mahu bermain. Saya dalam prestasi yang baik, dulu saya kerap menjaringkan gol dan bermain dengan baik, kini saya keluar masuk tetapi apa yang anda boleh lakukan?"
 
"Saya 33, saya faham tetapi saya mahu bermain dengan kerap untuk kelab ini."
 
Lamps terlepas dua penalti sebelum ini tetapi tidak membuat kesilapan dari jarak 12 ela selepas Joleon Lescott menjatuhkan Daniel Sturridge tujuh minit sebelum itu.
 
Mario Balotelli memberikan pelawat mendahului pada minit kedua, namun Raul Meireles menyamakan kedudukan sebelum bek kiri City, Gael Clichy dilayangkan kad merah apabila menerima dua kuning.
 
Ini bermakna Chelsea kini tujuh mata di belakang pendahulu, City.

No comments:

Post a Comment