Monday, 5 December 2011

VILLA BOSS PERHATIKAN VARGAS




Chelsea mahu mulakan rombakan skuad mereka dengam membeli Eduardo Vargas.
 
Penyerang Universidad de Chile itu telah dikaitkan dengan Liverpool, Arsenal, Napoli dan Valencia.
 
Namun Chelsea mengatasi saingan untukk pemain berbakat berusia 22 tahun itu menurut akhbar Chile,  La Tercera.
 
Pengurus Andre Villas-Boas telah diberikan lampu hijau untuk menguatkan kekuasaaanya di Stamford Bridge dengan beberapa pemain pasukan utama, termasuk Nicolas Anelka, bakal pergi pada Januari ini.
 
Dan pemain bernilai £9 juta, Vargas mungkin jadi pemain pertama yang tiba selepas Chelsea menghantar wakil untuk memulakan rundingan.
 
Kelab Liga Perdana Inggeris itu enggan membayar harga yang diminta namun yakin akan memperoleh pemain sasaran mereka.
 
Bagaimanapun, permit kerja akan menjadi isu kerana pemain Chile ini tidak bermain dalam jumlah perlawanan yang mencukupi dan akan memerlukan sidang khas bagi meluluskan permohonannya.

No comments:

Post a Comment