Chelsea telah meredakan kebimbangan bahawa kapten John Terry akan menambah krisis kecederaan mereka.
Pemain pertahanan ini dilihat mengalami kecederaan serius di Wigan, mencetuskan kegusaran akan terlepas perlawanan penting pertengahan minggu dengan Tottenham.
Namun pengurus Andre Villas- Boas menegaskan walaupun Terry ketika ini masih berasa sakit, beliau akan berusaha untuk kembali cergas.
Dan beliau memberikan berita baik untuk penyokong Chelsea dengan menyatakan Ramires dan David Luiz dapat diturunkan untuk pertemuan di White Hart Lane pada Khamis ini.
“John Terry alami kecederaan yang menyakitkan tapi beliau kini nampak OK. Walaupun beliau dipapah, saya fikir beliau akan pulih untuk perlawanan seterusnya,” kata Villas-Boas. “Ramires juga akan pulih. Beliau menunjukkan kemajuan dan akan dapat diturunkan dan mungkin juga David Luiz."
“Kami ke sana dengan keyakinan kami yang tidak terjejas."
“Memang rugi kami tidak menang di Wigan kerana ia akan memberikan perspektif berbeza dalam kedudukan kami di liga tapi kami telah berjaya mengekalkan rentak tanpa kalah kami.”
No comments:
Post a Comment