Saturday, 3 December 2011

KAMI MESTI FOKUS


Andre Villas-Boas mengakui pertemuan penting Chelsea dengan Valencia merupakan urusan "hidup atau mati".

Namun pengurus the Blues itu menegaskan pasukannya mesti mengalahkan Newcastle terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang perlawanan Liga Juara-juara tersebut.

Perlawanan yang amat penting di Stamford Bridge pada malam Selasa nanti boleh memberikan gambaran hala tuju kempen kelab London tersebut musim ini – dan juga masa depan Villas-Boas.

Beliau berkata: "Saya bercakap tentang perlawanan Valencia — ia urusan hidup dan mati untuk kelab dalam kejohanan itu. 

"Kedua-dua kelab mahu mauk ke dalam peringkat 16 pasukan terakhir jadi habis cerita. Kami perlu menunggu perlawanan tersebut."

Ahli taktikal Portugal tersebut kini dalam tekanan selepas lima kekalahan dalam sembilan perlawanan terakhir Chelsea.

No comments:

Post a Comment